Adakah anda membuat keputusan yang bijak?

Kami uji pakej iPhone paling menarik dan berpatutan antara Celcom, DiGi dan Maxis dengan ujian ketat

Banyak guna data ni!

Semuanya nampak seperti sudah menyertai kegilaan Apple dan sekarang ketiga-tiga syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia telah menawarkan pakej iPhone. Kami bukan ingin bercakap mengenai sebab Celcom menunggu begitu lama sebelum menawarkan pakej mereka, tapi kami mahu tahu perbandingan pakej harga menarik yang mengendalikan data iPhone secara kompetitif  di antara mereka untuk penggunaan harian pengguna.

Seperti yang kita tahu, telefon bimbit dari Cupertino ini bukan sekadar telefon biasa. Ia melakukan segalanya dari melayar web, bermain game, mengoperasikan aplikasi dan pelbagai lagi. Kesemua ini akan menggunakan lebih banyak data jika dibandingkan dengan zaman servis panggilan suara sahaja. Ketiga-tiga syarikat telekomunikasi ini berjanji yang mereka telah bersedia dan menyediakan pakej yang sesuai bagi kegunaan kesemua orang dan keperluan jalur lebar efektif apabila pengguna menggunakan pakej mereka untuk iPhone.

Justeru, satu rangkaian generasi baru perlu cukup kukuh bagi mengendalikan permintaan baru yang diperlukan oleh telefon ini. Dan kami akan memeriksa adakah mereka dapat berfungsi seperti yang dijanjikan pada Analisa kali ini.

Bagi kesenangan pembaca kami, kami akan menguji betapa bagusnya pakej data baru yang ditawarkan ini, membandingkan harga mereka, kawasan liputan perkhidmatan dan juga kelajuan data di beberapa lokasi terpilih di Lembah Klang. Walaupun sebenarnya kami mahu cuba menguji di seluruh Malaysia, namun oleh kerana kekangan masa kami hanya boleh mencuba di kawasan-kawasan yang disenaraikan dalam Analisa kali ini. Namun begitu, lokasi yang dipilih adalah seumpama kawasan bandar dan luar bandar di kebanyakan tempat di seluruh Malaysia

Bagi tujuan tersebut, kami bersedia bagi satu hujung minggu yang sibuk, dengan menguji bagaimanakah perbezaan di antara pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi ini.

Pakej yang ditawarkan

Oleh kerana ketiga-tiga syarikat telahpun mengesahkan pakej iPhone mereka, mari kita lihat perbezaan dari segi harga:

Harga Pakej

Dari gambarajah di atas, mari kita lihat sedikit sebanyak perbezaan harga pelan mereka:

Panggilan

- Rancangan Celcom adalah yang paling bagus, dengan 6000 minit panggilan percuma bagi panggilan on-net Celcom. Anda juga akan dapat panggilan percuma ke rangkaian lain juga, sehingga 500 minit dengan Execi248 mengikut pakej

- Harga yang ditawarkan pastinya menggugat syarikat lain tapi ia ada keburukan juga. Jika anda membuat panggilan di luar rangkaian anda, anda tidak akan dapat kelebihan panggilan percuma. Namun begitu kadar panggilan adalah sama tidak kira mana-mana nombor anda hubungi jadi anda masih mendapat kadar panggilan yang agak bagus.

SMS

- Kalau dilihat faktor SMS, Maxis pula berjaya mengalahkan syarikat telekomunikasi lain dengan menawarkan 200 SMS percuma berbanding DiGi atau Celcom. Walaupun ada yang memandang rendah penggunaan SMS di zaman moden ini, namun ia masih berguna bagi kebanyakan orang. Kadar SMS percuma bagi pelan yang termurah adalah sama bagi semua pelan dan kadar SMS ke semua rangkaian hanya RM0.10 untuk setiap SMS.

Data

- Data memainkan peranan penting untuk iPhone tapi kami  melihat saingan antara ketiga-tiga syarikat telekomunikasi agak menarik dengan Celcom menawarkan kuota data tertinggi berbanding DiGi atau Maxis. 2GB diberikan dengan pelan i98 dan 6GB  untuk pelan i248

- Ia adalah 50% lebih tinggi dari pelan iPhone termurah yang ditawarkan pesaing mereka

- Ia juga 17% lebih tinggi dari apa yang dijanjikan Digi dan 33% lebih dari yang ditawarkan Maxis pada pelan harga paling tinggi mereka. Melihat dari aspek ini saja sudah cukup memberi gambaran Celcom tidak boleh dilawan

- Menariknya, Celcom dan DiGi akan hanya memperlahankan kelajuan jikalau kadar data bulanan sudah habis digunakan. Maxis pula akan mengenakan cas RM0.05 bagi setiap 10kB yang berlebihan. Ini boleh mendatangkan bil yang agak mahal jika anda tidak berhati-hati

Harga Telefon

Maxis akan memberikan telefon iPhone kepada pengguna secara percuma jika mereka sanggup untuk mendaftar bagi pelan 24 bulan mereka, tidak kira sama ada versi 16GB atau 32GB. DiGi pula menawarkan telefon pada harga serendah RM690 bagi versi 32GB, iaitu yang termahal antara semua telco

Bayaran bulanan

Jika kamu ingin mencari pakej yang termurah, DiGi patut dimasukkan sebagai pilihan anda. Dengan hanya RM63 sebulan bagi pelan termurah, tiada syarikat lain yang mampu melawan bagi DiGi dari segi harga. Pengguna Maxis pula perlu membayar yang harga terbanyak bagi pelan mewah iaitu RM375 berbanding dengan RM248 dan RM163 bagi Celcom dan DiGi.

Celcom berada di tengah—tengah, jadi ia boleh juga diberikan pertimbangan

Kesimpulannya, ketiga-tiga syarikat ini mempunyai tarikan tersendiri bagi mereka yang ingin membeli iPhone. Celcom mempunyai kuota data dan kadar panggilan yang menarik, DiGi pula yang termurah manakala Maxis memberikan telefon secara percuma jika kamu sanggup mendaftar bagi pelan termahal mereka.

Baiklah, perbandingan harga telah dibincangkan, mari kita lihat bagaimana penggunaan data mereka di kawasan Lembah Klang

Ujian Kelajuan

Kami membawa iPhone yang tersedia dengan kad SIM dari ketiga tiga syarikat telekomunikasi tadi dan mengembara ke serata Lembah Klang bagi melihat dan menguji kelajuan data yang dijanjikan oleh syarikat telekomunikasi ini.

Kami menggunakan aplikasi dari SpeedTest.net yang mana kami akan mengoperasikannya dua kali. Satu ke pelayan di Cyberjaya dan satu lagi ke pelayan di Singapura. Tujuaannya ujian ini bagi mendapatkan keputusan yang konsisten antara syarikat ketiga-tiga telekomunikasi dan juga kesenangan pengambilan data.

Selepas itu kami bertolak pergi ke tempat-tempat berikut bagi mengutip data:

Kuala Lumpur                    -                              KLCC

Kuala Lumpur                    -                              Mid Valley City

Petaling Jaya                      -                              Dataran Prima

Subang Jaya                       -                              Sunway Pyramid

Shah Alam                           -                              Stadium Shah Alam

Lokasi yang dipilih berdasarkan pelbagai faktor:

- Lokasi yang penting

- Tempat orang ramai berkumpul

- Lokasi penggunaan data yang tinggi

- Pusat populasi yang tinggi di Lembah Klang

Kami mendapati lokasi ini adalah tempat tempat di mana pengguna yang disebut di atas akan selalu pergi, maka kerana itulah kami memilihnya.

KLCC

Lokasi Pertama

Kami bermula di KLCC, tempat paling terkenal di Kuala Lumpur. KLCC bermula sebagai lokasi lumba kuda dan sekarang berubah menjadi pusat perniagaan yang dilawati ramai orang setiap hari. Ia adalah destinasi pelancong dengan ketinggiannya di tengah ibu kota malah turut dikatakan pusat (atau berada di pusat) segi tiga emas Kuala Lumpur, di mana perniagaan dan bisnes tertumpu di kawasan ini

Kami mengoperasikan ujian kelajuan seperti yang diterangkan dan kami mendapat keputusan berikut

12

34

56

Seperti yang kamu boleh lihat keputusan kelajuan yang kami dapat adalah agak munasabah berdasarkan keadaan lokasi tersebut (ramai orang, dalam bangunan, dan sebagainya). Seperti yang kami harapkan, memang Maxis memberikan kelajuan yang terpantas oleh kerana pejabat Maxis berada di sebelah KLCC sahaja dan kerana itu kami jangkakan ia akan memberikan kelebihan pada Maxis.

Mid Valley City

Lokasi Kedua

Ia adalah satu lagi lokasi panas bagi penduduk Kuala Lumpur. Satu lokasi pembangunan bercampur yang serba lengkap, ia mempunyai kawasan kediaman, pejabat, runcit dan kedai yang memenuhi keperluan 100,000 orang setiap hari. Ia amat sesak dari segi trafik dan amat sesuai bagi ujian kelajuan kami

78

910

1112

Sekali lagi di sini Maxis menunjukkan prestasi kelajuan yan baik. Walaupun begitu anda akan dapat kelajuan yang agak baik juga bagi syarikat lain di seluruh Mid Valley. Cuma jangan pergi jauh ke tingkat bawah tanah sahaja, jika tidak liputanya akan menjunam dengan drastik.

Dataran Prima

Lokasi Ketiga

Bagi lokasi pejabat, kami memilih Dataran Prima. Dengan lokasi yang berdekatan dengan lebuh raya dan satu tempat yang bakal muncul sebagai lokasi bisnes penting di Petaling Jaya, Dataran Prima sepatutnya adalah satu lokasi di mana servis data diberikan harus menjanjikan yang terbaik.

1314

1516

1718

Amat menakjubkan dengan ketiga-tiga telefon mendapat kelajuan yang amat tinggi sekali di sini. Celcom mendapat tempat pertama jadi sesiapa yang berada di lokasi ini mungkin mahu bertukar kepada Celcom bagi mendapatkan jalur lebar tanpa wayar mereka. Kelajuan sambungan antarabangsa juga amat bagus bagi ketiga-tiga syarikat telekomunikasi ini di sini.

Sunway Pyramid

Lokasi Keempat

Satu lagi lokasi di mana ramai penggunjung mungkin adalah pengguna iPhone oleh kerana yang datang di sini termasuk mereka yang berada di kelas pertengahan dan juga kelas atasan, yakni orang yang selalunya akan memilih iPhone sebagai peranti mereka. Malah, lokasi ini juga menempatkan kelompok universiti di mana pelajar kolej akan selalunya memilih iPhone berbanding peranti lain

1920

2122

2324

Di Sunway, DiGi memang diakui adalah syarikat telekomunkasi yang terlemah dengan kelajuan yang amat lambat dari segi sambungan tempatan dan juga antarabangsa. Walaupun mungkin ia terjadi akibat ramai orang menggunakan servis sekaligus, ia tidak nampak bagus bagi DiGi kerana orang mengharapkan servis dan kelajuan terbaik dari telefon mereka, dan apa yang mereka dapat hanyalah sedikit daripada yang diharapkan. Celcom dan Maxis pula berfungsi dengan baik sekali dengan kelajuan yang agak tinggi.

Shah Alam

Lokasi Kelima

Lokasi terakhir sekali yang menjadi pilihan adalah lokasi sedikit di luar bandar iaitu Shah Alam. Shah Alam terletak lebih kurang 32km dari pusat bandar Kuala Lumpur namun ia memuatkan lebih 400,000 penduduk, dengan 1/5 dari mereka tinggal di bandar Shah Alam sendiri. Dengan nombor yang sebesar itu, mesti akan ada pengguna iPhone di dalam populasi penduduk Shah Alam. Tambahan lagi bandar itu agak landai dengan tiada bangunan tinggi yang mengacau isyarat 3G, ia bermakna pengekalan data dapat didapati dengan senang sekali

2526

2728

2930

Seperti yang dijangkakan Celcom mempunyai kelajuan yang terpantas di sini dari sambungan antarabangsa. Ia berbeza dengan sangkaan kami yang meneka satu syarikat ini yang telah banyak melabur dalam infrastruktur dan sambungan di Shah Alam. Kami berharap yang kami juga akan mendapat kelajuan yang sama di tempat lain di Malaysia juga.

Hasil Ujian Kelajuan

Dari data yang dikumpul di atas, kami boleh merumuskan kelajuan seperti di bawah:

Kelajuan muat turun (dalam megabit sesaat)

Kelajuan muat-turun

Nota: C — Cyberjaya S — Singapura

Rumusan Terakhir


Seperti yang kamu lihat di atas, kelajuan tidak selalu konsisten di Lembah Klang. Ini mungkin kerana cara sistem ini berfungsi di mana jalur lebar dikongsi di antara pengguna di menara telekomunikasi yang sama.

Namun begitu boleh dilihat terdapat kelajuan minimum 1MB/s kadar muat turun di sekeliling Lembah Klang yang agak bagus, jika dilihat ianya hanya satu sambungan tanpa wayar pada iPhone anda. Kami juga menjumpai ruangan tanpa isyarat (blind spot) bagi kesemua syarikat telekomunikasi di sekitar Lembah Klang di mana telefon bersambung menggunakan EDGE, GPRS atau lebih teruk lagi, tiada isyarat langsung. DiGi mempunyai masalah ini dengan rangkaian 3G mereka mempunyai banyak 'lubang' di beberapa tempat di Lembah Klang. Celcom tiada berdepan dengan masalah ini, namun sambungan mereka agak rapuh, dengan 3G boleh bertukar kepada EDGE dalam sekelip mata sahaja.

Walaupun Maxis mempunyai kelajuan yang tertinggi dalam ujian ini, anda perlu membayar lebih untuk mendapatkannya, dan juga bil kamu akan menjadi tinggi jika kamu terlebih menggunakan kuota bulanan anda.

Celcom pula walaupun tidak mempunyai kelajuan yang tertinggi namun mempunyai kawasan liputan yang lebih luas bagi 3G dan juga dengan bayaran yang lebih murah

Jadi yang mana pilihan anda. Jika kamu mahu yang murah, DiGi adalah pilihan anda. Jika kamu mahu kelajuan, dapatkan Maxis. Jika anda mahu yang murah dan juga laju, kami rasakan Celcom yang paling sesuai.

  • Best and worst sugar substitutes Fri, May 17, 2013

    Sugar has earned a bad reputation for being bad for your heart, your brain and your waistline. Because of this, there have been many attempts to market sugar substitutes. Some are useful, but some More »

  • Why go through a preventive double mastectomy? Fri, May 17, 2013

    Hollywood actress Angelina Jolie announced she has had both her breasts removed in February to reduce her high genetic risk of breast cancer. The surgery, called double mastectomy, brought down her More »

  • Top 8 lucrative routes for taxi drivers Fri, May 17, 2013

    For a taxi driver, a key survival skill is knowing where to find customers. As far as possible, a driver should know the routes at his or her fingertips. Hence, in this 6th instalment of Taxi Talks, More »

Loading...
  • Teo Ho Pin presses WP's Sylvia Lim for answers

    Teo Ho Pin presses WP's Sylvia Lim for answers

    Teo Ho Pin presses WP's Sylvia Lim for answers

    Worker's Party Chairman Sylvia Lim has challenged Dr Teo Ho Pin to make a report to the Corrupt Practices Investigation Bureau (CPIB) if he believes that the WP had mismanaged the Town Council.

  • Some Chinese tourists 'uncivilised': top official

    Some Chinese tourists 'uncivilised': top official

    Some Chinese tourists 'uncivilised': top official

    The dire manners and "uncivilised behaviour" of some Chinese tourists abroad are harming the country's image, said a top official who lamented their poor "quality and breeding", according to state-run media.

  • Canadian astronaut wrestles with gravity after spaceflight

    Canadian astronaut wrestles with gravity after spaceflight

    Canadian astronaut wrestles with gravity after spaceflight

    By Irene Klotz CAPE CANAVERAL, Florida (Reuters) - Back on Earth, Canadian astronaut and cyberspace tweeter Chris Hadfield is getting a rough re-introduction to gravity after a five-month stint aboard the International Space Station, the former commander told reporters during a video webcast from Houston. Hadfield became a social media rock star with his zero-gravity version of David Bowie's "Space Oddity" and a continuous stream of commentary on Twitter about his life in orbit. But living without gravity for five months has left him feeling dizzy, weak and prematurely aged. ...