President of Sennheiser Asia, Ng Chee Soon melancarkan kedai mereka
Sennheiser menjadi pengeluar fon telinga pertama di Malaysia yang membuka kedai premium mereka di CapSquare, Kuala Lumpur. Kedai ini berazam untuk memberikan pengguna Malaysia produk berkualiti bagi mereka yang memerlukannya — tidak kisah mereka pengguna biasa ataupun penggemar audio yang getar. Kedai ini memberikan pelbagai pilihan untuk pengguna, termasuk fon telinga untuk perjalanan, sukan, dan sebagainya.
"Kami sentiasa memperakui potensi industri akustik-elektronik di Malaysia, dan kami berasa gembira dan bangga akan wujudnya ruang untuk penggemar Sennheiser datang dan mencuba produk-produk kami dan merasai kaluti fon telinga kami. Dengan konsumer hari ini lebih memilih untuk produk yang berkualiti tinggi, yang akan memikat rasa pengguna di Malaysia," kata Ng Chee Soon, Presiden dan Pengarah Urusan Sennheiser Asia.
Kedai perdana Sennheiser ini juga adalah sebahagian daripada strategi syarikat ini untuk mewujudkan pengalaman yang lain dari yang lain untuk pengguna, disamping mengembangkan sayap syarikat ini ke seluruh Asia. Mereka juga berkata bahawa mereka akan menjinakkan diri mereka ke dalam segmen gamer tidak lama lagi.
Dengan pelancaran kedai ini, tahun ini juga menandakan ulangtahun ke-20 Sennheiser Electronic Asia Pte Ltd, syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Sennheiser electronic GmbH & Co. dari Jerman. Syarikat ini ditubuhkan pada 1992 untuk memantau seluruh pasaran Asia Tenggara, Korea dan juga India.
By 
