Kikuo Okura, Pengarah Urusan Sony Malaysia (tengah) melancarkan PS Vita
Untuk mereka yang kaki gamer, kini ada satu lagi konsol yang anda boleh beli untuk memuaskan keinginan anda untuk memain game di mana sahaja. Playstation Vita kini berada di pasaran Malaysia, bersama 37 perisian yang direka khas untuk peranti Sony ini. Versi yang dilancarkan adalah versi WiFi, makan untuk mereka yang inginkan model 3G, kena tunggu sedikit masa lagi sebelum dilancarkan.
PS Vita memperkenalkan cara baru untuk main dimana sahaja, dengan kombinasi skrin OLED dengan teknologi sesentuh, pad sesentuh di belakang dan juga dua kayu ria analog. Ianya juga datang dengan prosessor 4-teras yang memberikan pengalaman gaming yang mengasyikkan, dan hampir sama taraf dengan konsol yang lain. Dengan skrin lima inci, gamer akan boleh menikmati grafik dan visual yang lebih baik. Vita juga datang dengan fungsi realiti maya, melalui kamera hadapan dan belakang yang membawa masuk dunia sebenar ke dalam dunia gaming.
Peranti mudah alih ini juga boleh mengakses perkhidmatan sosial media seperti Facebook dan Twitter. Video, muzik, trofi, gambar, laman web dan lain-lain juga boleh diakses dengan menggunakan Vita.
Untuk mereka yang inginkan warna yang berbeza, Sony juga mengumumkan bahawa Vita dengan edisi warna putih akan berada di pasaran dalam masa terdekat. Dilancarkan di Jepun dahulu, ianya akan datang ke pasaran Malaysia bulan hadapan.
Harga yang dicadangkan untuk PS Vita ialah RM1099, dan T-Shirt terhad PS Vita akan diberi kepada setiap pembeli peranti ini, sementara stok masih ada. Untuk model yang datang dengan kad memori 4GB dan game ModNation Racers akan berharga RM1299, manakala 4GB dan game Uncharted: Golden Abyss akan berharga RM1399. Juga dilancarkan adalah aksesori dan peralatan tambahan untuk PS Vita seperti kad memori, Pek Aksesori dan macam-macam lagi.
By 
