Dato’ Mohamed Moiz, Pengerusi BRDB; Woon Tai Hai, dan Dato’ Sri Azmi Khalid, di PIKOM ICT Mall CapSquare baru
PIKOM ICT Mall telah dilancarkan dengan lebih daripada 102 kiosk dan kedai istimewa yang memaparkan pelbagai jenis gajet dan aksesori daripada jenama-jenama seperti Lenovo, Canon dan Celcom. Majlis pelancaran pusat memembeli belah baru ini telah disempurnakan oleh Dato' Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
"Arena jualan runcit ICT di Malaysia sangat memberangsangkan. Jika diikut dari PC Fair, jualan barangan ICT di Malaysia akanmeningkat tahun demi tahun. PC Fair KL yang terdahulu di bulan April membawa masuk lebih daripada 150,000 pengunjung yang telah membelanjakan lebih dari RM5 juta di hujung minggu itu. Dengan lebih daripada 300,000 pengguna di dalam lingkungan 30 minit masa memandu ke sini, PIKOM ICT Mall CapSquare akan menjadi ikon baru di Kuala Lumpur. Pusat membeli-belah ini lain daripada yang lain kerana ia dibina untuk menunjuk para konsumer teknologi terbaru dan kebolehan terkini peranti-peranti yang sedia ada di sini," kata Woon Tai Hai, Pengerusi PIKOM.
Salah satu daripada perkhidmatan yang diberikan di CapSquare ialah sepuluh kiosk yang menggunakan Interactive Multi-Touch Directory, yang diilhamkan oleh 1001 Technologies dengan kerjasama PIKOM, sebagai panduan pengguna untuk mencari kedai yang diinginkan, promosi terbaru dan sebagainya.
Selain daripada itu, terdapat juga sebuah PIKOM Training Centre yang ditubuhkan yang merupakan sebuah kerjasama dengan penaja utama pusat membeli belah, Epson Malaysia Sdn Bhd. Pusat latihan ini akan menjadi tempat utama untuk majlis pelancaran produk, sesi latihan, sesi pengenalan produk dan juga acara khas dengan duta jenama ICT terkenal di Malaysia.
By 
