Paypal di Malaysia, dilancarkan oleh Datuk Mukhriz Mahathir
Kini Malaysia boleh bermegah dengan adanya pusat operasi global untuk syarikat multinasional terkemuka PayPal. Pusat ini menyediakan perkhidmatan dan sokongan untuk pelanggan-pelanggan PayPal di rantau Asia dan ASEAN. Pusat ini beroperasi di dalam bahasa Inggeris, dengan bahasa tambahan akan diperkenalkan kelak.
"Dengan berkembangnya PayPal di rantau ini, kami juga mengembangkan pusat operasi dan sokongan pelanggan kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk sesiapa sahaja yang mempunyai akaun PayPal. Kami berasa bangga dapat membuka pusat ini di Malaysia untuk menyokong pertumbuhan kami dan untuk menjaga keperluan pelanggan kami dimana sahaja mereka berada," kata Jon McCabe, Naib Presiden Kanan, Operasi Global, PayPal.
Pengambilan baru untuk pusat ini juga berjalan dengan lancar, dengan lebih 200 pekerja berada di pusat ini, dengan matlamat untuk mengambil 500 pekerja secara keseluruhan sehingga penghujung 2013.
"Kami berbesar hati mengalu-alukan kedatangan PayPal ke Malaysia kerana ini menolong meletakkan nama Malaysia di taraf antarabangsa untuk e-dagang di samping itu menyediakan peluang kerja nilai-tinggi. Syarikat seperti PayPal adalah jenis syarikat yang kami ingin pelawa ke Malaysia, untuk mengembangkan lagi industry IT tempatan," kata Dato' Mukhriz Tun Dr Mahathir, Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
By 
