Samsung Malaysia Electronics telah melancarkan model terbaru mereka Galaxy S III ke pasaran tempatan. Dengan tagline 'Designed for Humans and Inspired by Nature', produk generasi ketiga ini adalah telefon pintar terbaru dari Korea, yang mempunyai kebolehan menakjubkan; ia boleh mengenali suara anda, tahu kehendak anda, dan berkongsi memori anda dengan semua orang secara dalam talian dan serta merta.
"Direka untuk senang digunakan dan dipakai setiap hari, Samsung GALAXY S II telah dibina untuk keperluan harian kita semua dengan kebolehan dan kebolehan manusia. Yang penting sekali buat pihak kami ialah ianya pengalaman mobility yang paling lengkap di pasaran kini — ekspresi terbaik daripada kami masa kini," kata Kwon Kae Hoon, Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd.
Hanya seberat 133 gram, dan setebal 8.55mm, Samsung GALAXY SIII mempunyai prosessor empat teras, yang memberikan "prestasi yang lebih baik, layaran laman web yang lebih laju, boleh melakukan pelbagai kerja pada masa yang sama, kualiti grafik yang unggul dan antaramuka yang laju bak halilintar — di skrin yang lebih besar", mengikut kata Samsung. Skrin Super AMOLED sebesar 4.8 inci yang terbina dalam telefon ini.
Diantara ciri-ciri yang dimasukkan ke dalam GALAXY S III adalah rekabentuk yang memenekankan ciri-ciri yang berasaskan penggunaan manusia, interaksi yang natural dan berkongsi maklumat dengan serta-merta. Bentuk telefon pintar ini membolehkan pengguna menggenggam telefon ini dengan mudah. Walaubagaimanapun telefon ini menggunakan 'polycarbonate' dan juga kemasan yang ber-gloss.
Untuk pertama kali, S III dating dengan teknologi terbaru S Voice — perisian pengenalan suara yang membolehkan S III mengenal arahan daripada pengguna untuk melancarkan aplikasi di dalam telefon mereka. Sebagai contoh, anda boleh member arahan 'Buka Web' dan perisian layaran web akan dilancarkan.S III juga didatangkan dengan 'accelerometer' yang boleh digunakan untuk melakukan pelbagai benda yang menyenangkan pengguna. Jika pengguna mendapat panggilan, mereka boleh angkat sahaja, dan panggilan itu akan tersambung tanpa menekan butang hijau.
Samsung GALAXY SIII dikuasai oleh sistem operasi Android Ice Cream Sandwich, dan juga dating dengan batteri 2,100 mAh. Ianya akan berada di pasaran melalui rakan-rakan telekomunikasi Samsung — Celcom, DiGi dan Maxis, dan juga dari Samsung Elite Partner dari pertengahan Jun 2012.
By 

