Ultrabook terbaru Dell, XP 13, kini boleh didapati di Malaysia. Mesin ini menggunakan skrin 13 inci, tetapi di dalam badan komputer seperti mesin lain yang mempunyai skrin 11 inci. Ianya juga menggunakan Corning Gorilla Glass untuk tahan-calar, badan diperbuat daripada gentian karbon dan papan kekunci bersaiz penuh yang berlampu belakang. Pemacu 'solid state' dan teknologi Intel Rapid Start membolehkan XPS 13 digunakan dalam masa beberapa saat sahaja, memberikan akses serta merta disamping menjimatkan masa dan kuasa bateri.
Di dalam, anda akan mendapat 4GB DDR3 RAM, skrin 13.3 inci HD WLED, dan SSD yang datang dalam kapasiti 128 ataupun 256GB. Prosessor yang digunakan pula adalah daripada Intel, Core i5 2467M atau Core i7 2637M.
Dell-XPS-13-Launch---Picture-8---Dell-XPS-13-Ultrabook-edited
"Kami melihat permintaan yang menggalakkan daripada konsumer dan bisnes tempatan untuk XPS 13 — sistem yang tiada tandingan di pasaran pada masa kini. Komputer ini sesuai untuk mereka yang inginkan mesin yang boleh merangkumi dua dunia — untuk masa kerja dan untuk masa lapang. Kami berjaya melakukannya di dalam sebuah mesin yang kompak, dan mudah dibawa ke mana sahaja. Ianya peranti mudah alih yang terunggul," kata Varinderjit Singh, Pengarah Urusan, Bisnes Konsumer dan Komersial, Dell Malaysia dan Singapura.
Pengurus Negara, Bisnes Konsumer Dell Malaysia, Catherine Lian pula berkata bahawa," XPS 13 mewakili kualiti terunggul kami yang akan kami tawarkan untuk pelanggan kami — professional yang memerlukan keupayaan untuk bersambung, bekerjasama dan berinnovasi dengan fungsi-fungsi unik yang hanya ada di dalam XPS 13, seperti Dell ProSupport, dan Trusted Platform Module — yang akan memuaskan kehendak jabatan IT syarikat di luar sana."
By 


