Video Untuk Malaysia

YouTube Malaysia dilancarkan

YouTube, portal komuniti untuk berkongsi video terbesar di dunia, telah mengumumkan pelancaran portal versi Malaysia untuk pengguna tempatan. Pengguna boleh mengakses portal ini dengan memilih Malaysia sebagai lokasi mereka di YouTube.com ataupun terus ke laman web www.youtube.com.my . YouTube  menawarkan antaramuka versi tempatan untuk pengguna Malaysia agar mereka boleh mencari kandungan yang memikat hati mereka dengan mudah, cepat dan relevan dari pengusaha kandungan tempatan dan antarabangsa. Portal ini juga akan menjadi tumpuan pengguna dan pengusaha kandungan tempata untuk melancarkan video-video mereka sendiri.

Dengan pelancaran portal ini, YouTube telah bekerjasama dengan syarikat media Malaysia, termasuk KRU Studios dan Astro Malaysia untuk membolehkan mereka menawarkan kandungan eksklusif mereka kepada mengguna YouTube Malaysia  disamping meningkatkan jumlah penonton mereka di dalam dan luar negara

Pengguna Malaysia menonton lebih daripada sejuta jam video setiap hari, dan menonton lebih dari sebilion video setiap bulan. Pelancaran YouTube Malaysia amat sesuai dengan jumlah yang dijanakan oleh pengguna tempatan.

Adam Smith, Pengarah Pengurusan Produk, YouTube Asia Pasifik berkata, "Sejak beberapa tahun yang lepas pengguna Malaysia telah menonton video di YouYube dengan jumlah yang besar, dan dengan pelancaran portal tempatan yang telah dioptimumkan untuk Malaysia, kami berhasrat untuk menjana lebih banyak kandungan dari  penjana kandungan tempatan yang masih berasaskan pengalaman penggunaan YouTube. Lebih penting lagi, banyak personality tempatan telah menjanakan video-video yang ditonton di Malaysia dan di serata dunia, dan kami berhasrat dengan YouTube Malaysia, banyak lagi personaliti boleh dilahirkan melalui portal baru kami."

Juga hadir di majlis pelancaran tersebut adalah wakil-wakil dari Astro, Malaysia Airlines, KRU Studios, Maxis, Dutch Lady dan banyak lagi syarikat yang telah memulakan kempen mereka di YouTube Malaysia. Untuk pemusik tempatan, YouTube Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan MACCP dimana royalty apabila music mereka dimainkan di portal ini akan dibayar kepada mereka, menjanjikan pendapatan yang tetap daripada portal video antarabangsa ini.

Loading...