Ahmad Dhani mengaku nikahi Mulan Jameela

Ahmad Dhani mengaku nikahi Mulan Jameela

31 Jan – Komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani akhirnya mengakui penyanyi jelita Mulan Jameela adalah isterinya yang dinikahinya pada tahun 2005.

Sekian lama membiarkan media, peminat berteka-teki, Ahmad Dhani mendedahkan perkara itu ketika tampil dalam program "Satu Jam Lebih Dekat".

"Pada majlis perkahwinan itu, kedua-dua belah keluarga hadir. Ada ibu Mulan, kakaknya, malah ibu saya juga ada. Semuanya ada dan lengkap," ujar Dhani kepada Liputan6.com.

Dalam pada itu, hasil perkahwinannya dengan Mulan, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Safeea Ahmad.

"Mungkin ada sesetengah ayah yang inginkan anak perempuan selepas mempunyai tiga anak lelaki. Tetapi saya lain kerana sejak Mulan beritahu dia hamil, saya sangat berharap kandungannya adalah anak lelaki.

"Tetapi saya pasrah apabila melihat Safeea dilahirkan yang mana dia kini sudah pun berusia tiga tahun."

Sementara itu, Dhani berkata, dia dan isterinya tidak merancang untuk menambah cahaya mata lagi.