Advertisement

12 ciri Huawei Ascend Mate 7 yang cool

Huawei baru saja mendedah gajet baru, Ascend Mate 7 yang mula berada di pasaran Malaysia. Jom kenali ciri-ciri baru yang diketengahkan phablet menarik ini.

1. Ia merupakan phablet dengan skrin 6-inci dan menampilkan pengimbas cap jari menggunakan sentuhan, yang pertama seumpamanya di dunia.

2. Phablet ini menggunakan CPU Huawei sendiri, Kirin 925 yang memiliki 4-teras cip A15 berkuasa tinggi & 4-teras cip A7 yang jimat tenaga.

3. Ia memiliki bateri 4100 mAH yang mampu menghidupkan mate 7 sehingga 2 hari dalam penggunaan biasa.

4. Pengimbas cap jari pada Mate 7 berbeza dengan yang ada pada peranti lain. Ia hanya perlu disentuh sekali dan akan terus membuka kunci skrin atau aplikasi yang memerlukan kata kunci. Pengimbas cap jari ini terletak di belakang telefon, di bawah kamera belakang.

5. Binaan pada mate 7 juga sangat berkualiti. 95% dari badannya menggunakan besi dan struktur dalamannya diperbuat dari aloi aluminium yang kukuh, bagi mengurangkan kepanasan dalaman.

6. Ia juga sangat nipis pada 7.9mm tebal dan 185 gram berat. Rekabentuk ergonomik di belakang juga membuatkan ia selesa dalam genggaman.

7. Skrin 6-inci HD penuh pada Mate 7 menggunakan paparan LTPS yang jimat tenaga dan juga teknologi JDI Nega-NEO yang mempunyai kontras setinggi 1500:1.

8. Manakala kamera belakangnya mampu menangkap gambar 13MP dengan sensor Sony BSI generasi ke-4 dan apertur F2.0. Kamera hadapannya pula beresolusi 5MP.

9. Mate 7 dilengkapi sistem operasi Android 4.4 KitKat dengan antaramuka EMUI 3.0 keluaran Huawei sendiri.

10. Huawei menjangkakan android 5.0 Lollipop akan tiba pada Mate 7 sekitar suku kedua tahun 2015.

11. Mate 7 turut memiliki internet berkelajuan tinggi 4G-LTE CAT6 selaju 300Mbps.

12. Huawei ascend Mate 7 boleh mula dibeli di Malaysia bermula 14 November 2014. Terdapat 2 versi Mate 7 dijual di Malaysia. Versi standard berharga RM1799 memiliki 2GB RAM & 16GB ROM dengan 2 warna pilihan, Moonlight Silver & Obsidian Black. Manakala versi premium pula berharga RM1999 mempunyai 3GB RAM & 32GB ROM dan berwarna Amber Gold sahaja.