Asus Memo Pad 7, kekal murah

Lepas satu, satu… Kali ini Asus Malaysia mengumumkan pula tablet 7-inci terbaru mereka, Asus MeMO Pad 7 (ME572CL). Ianya merupakan tablet dengan paparan IPS HD penuh pada skrin 7-inci.

Seperti tablet terbaru Asus yang diperkenalkan sebelum ini, MeMO Pad 7 dikuasakan cpu Intel 64-bit, Intel Atom Z3560 4-teras berkelajuan sehingga 1.83GHz. Ia menggunakan sistem operasi Android 4.4 KitKat dan dilengkapi data mudah alih berkelajuan pantas 4G-LTE.

Kamera belakangnya mempunyai resolusi 5MP, manakala kamera hadapan 2MP. Kedua-dua kamera ini dilengkapi teknologi Asus iaitu PixelMaster, yang terkenal mengambil gambar dalam cahaya malap dengan jelas.

Rekaan MeMO Pad 7 ini sangat nipis & ringan tetapi teguh & tahan lasak. Badannya diperbuat dari gentian fiber dan kerangka duralumin. Ia setebal hanya 8.3mm nipis dan berat 269 gram sahaja. Bahagian tepinya direka melengkung agar selesa ketika memegangnya.

Tablet Asus MeMO Pad 7 ini datang dalam 3 warna menawan: Rose Champagne, Burgundy Red & Gentle Black. Ia dijual pada harga RM999 dan boleh didapati kini dari pengedar sah Asus.

P/S: Produk Asus menarik. Murah pula tu.