Advertisement

ASUS Zenfone 6 dah mula dijual, siap harga dicantas

Asus Malaysia secara rasmi mengatakan telefon pintar bersaiz besar mereka, ZenFone 6 (A601CG) sudah sedia dengan stok baru untuk dibeli di kedai.

Ditambah pula, Asus menurunkan harganya kepada RM699 berbanding RM899 pada mula-mula diperkenalkan sebelum ini. Tetapi ia juga bermakna kuasa CPU direndahkan sedikit dari 2.0GHz kepad a 1.6GHz.

Blog Daunpisang secara peribadi menyukai telefon ini kerana bukan saja harganya murah untuk gajet yang bersaiz 6 inci tetapi juga ia menggunakan prosesor Intel Atom Z2560 (1.6GHz). Disebabkan prosesor tersebut, bateri jadi lebih tahan lama, kurang panas dan prestasi telefon agak laju. Untuk bermain game pun sangat sesuai.

Secara teknikalnya, Zenfone 6 ini menggunakan GPU jenis PowerVR SGX 544 yang sesuai untuk game dan imej yang lancar. Dari benchmark yang dijalankan kepada Adreno 305 dan PowerVR SGX544@156MHz, GPU baru ini lebih baik dari aspek prestasi.

Zenfone 6 menggunakan skrin IPS HD 1280 x 720 piksel dengan sudut pandangan 178 darjah bersama sistem operasi Android 4.4 KitKat.

Ia menggunakan kamera 13 megapiksel jenis PixelMaster yang diakui bersesuaian pada penggunaan fotografi yang meningkatkan kemasukan sensitiviti cahaya sehingga 400 peratus.

Paparannya juga tahan lasak apabila ditetapkan pada Gorilla Corning Glass 3 dan tidak dilupakan, ia menyokong dua kad sim.