Beli Note 4 Jumaat ini tapi dapat...

Samsung Malaysia telah mengesahkan Galaxy Note 4 akan mula di jual di Malaysia bermula Jumaat, 17 Oktober ini!

Namun berita yang menambah keghairahan mendapatkan gajet ini ialah seperti biasa, pembeli terawal akan menerima hadiah istimewa dari Samsung. Kali ini, Samsung menyediakan 100 pembeli terawal Galaxy Note 4 dengan Gear Circle percuma. Gear Circle merupakan earfon seakan kalung di leher, dengan fungsi klip magnetik yang mudah disimpan.

Untuk mendapatkan Gear Circle, pembeli harus membeli Galaxy Note 4 di kedai Samsung Store yang terpilih sahaja. Kali ini, ia tidak terhad bagi Samsung Store di Lembah Klang sahaja, malah untuk pembeli diluar Lembah Klang juga. Samsung Store di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan juga Kuantan juga turut serta dalam promosi Gear Circle percuma ini.

  1. Blue Concourse, Sunway Pyramid Shopping

  2. Lot L6.16, L6.17 & L6.18 at Gurney Paragon Mall, Penang

  3. Lot G65, G66 & G67 at Centre Point Shopping Centre, Kota Kinabalu

  4. Lot J2-02 & J2-03 at City Square, Johor Bahru

  5. GC-E, Ground Floor at Kuantan Parade, Pahang

Pada masa yang sama, rakan niaga Samsung yang lain juga akan turut sama mempromosikan Galaxy Note 4. Celcom, DiGi, Harvey Norman dan Maxis, masing-masing akan membuka gerai jualan mereka di Blue Concourse, Sunway Pyramid Shopping Mall mulai 17 Oktober sehingga 19 Oktober, bagi memudahkan pembeli mendapatkannya dengan plan dan promosi pilihan.

Galaxy Note 4 boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan emas. Dijangkakan harga jualan bagi Galaxy Note 4 pada hari pelancaran ialah RM2399.