Advertisement

PANDANG AWAL: Samsung Galaxy Alpha

Samsung sebenarnya tidak mahu menonjolkan Galaxy S5 mini yang dipasarkan di Eropah sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada Samsung Galaxy Alpha yang bakal dijual di Malaysia pada Jumaat ini.

Ketika di Berlin lalu, blog Daunpisang sempat menjengah gajet ini membawakan siri baru bersaiz mini buat keluarga Galaxy yang didominasi siri-S sebagai peranti utama dan siri-Note untuk phablet.

Galaxy Alpha adalah peranti impian Samsung yang dicari selama ini. Badannya diperbuat dari besi dengan kemasan metalik pada rangka tepinya. Ia masih mengelkalkan kemasan faux-leather di belakang, tetapi ia sangat selesa dan lembut dipegang. Sudut tepinya diperhalusi dengan lengkuk yang membuatkannya tidak mahu dilepaskan dari tangan. Dengan berat hanya 115g dengan senipis 7mm, ia pasti menjadi peranti idaman ramai kelak.

Galaxy Alpha memiliki semua fungsi dan kuasa seperti Galaxy S5. Skrin 4.7-inci HD dengan teknologi Super AMOLED yang pertama kali diperkenalkan dalam Galaxy Tab S, memberikan warna yang sangat memukau mata. Ia juga memiliki fungsi seperti Ultra-Power Saving Mode untuk daya tahan bateri berpanjangan menggunakan fungsi asas, aplikasi S Health untuk memantau aktiviti kecergasan, Pengimbas Cap Jari untuk lebih keselamatan serta serasi dengan penggunaan peranti bolehpakai lain seperti Samsung Gear Fit, Gear Live dan Gear 2.

Samsung Galaxy Alpha dijangka tiba di Malaysia pada penghujung bulan ini atau bulan depan. Di pameran IFA ini, 5 warna dipertontonkan buat umum iaitu Charcoal Black, Dazzling White, Frosted Gold, Sleek Silver dan Scuba Blue. Daunpisang difahamkan warna Scuba Blue merupakan warna khusus buat pasaran Eropah sahaja. Harga ia dijual di Eropah ialah EUR699 yang menjadikannya lebih ~RM2800.