Advertisement

Boleh muat turun iOS8 malam ini

Sehingga kini, sudah lebih 500 juta unit iPhone terjual dengan 130 juta pengguna baru pada tahun lepas saja.

Kadar kepuasan pengguna terhadap iOS ialah 97%. Kemaskini yang pasti menjadi pilihan utama pengguna. 9 dari 10 pengguna iPhone menggunakan iOS7. Berbeza dengan Android, hanya 1 dari 10 orang menggunakan OS terbaru.

OS baru Apple, iOS8 kini boleh dimuat turun pengguna di Malaysia bermula jam 1 pagi nanti. Bagi iPhone, hanya versi 4s ke atas saja yang boleh.

Daunpisang kembali ‘recap’ apa yang menarik dalam iOS8 termasuk Notification Center kini lebih interaktif, balasan boleh dibuat terus dari Notification Center, seperti Android. Juga pada Lockscreen.

image

Dwi-ketukan pada skrin akan membawakan skrin multitask pada iOS7. iOS8 menambahnya dengan memaparkan Contact yang sering dihubungi.

Mail juga menjadi lebih mudah. Membuang emel & menambah flag hanya dengan satu sapuan. Emel yang sedang ditaip boleh disimpan di bawah untuk melihat emel lain, sebelum disambung semula menaipnya.

Spotlight juga berfungsi di iOS seperti di OSX. Carian aplikasi, tempat menarik, berita serta lagu di dalam iTunes.

Papan kekunci dinaiktaraf dengan Quicktype. Ia menyokong cadangan yang diramalkan, perkataan yang mungkin ditaip dan dipelajari dari kebiasaan pengguna.

image

Messages adalah aplikasi yang paling selalu digunakan di dalam iOS. Kini menyokong mesej berkumpulan. Tajuk boleh diberikan kepada kumpulan dan kawalan pengguna seperti menambah dan membuang dari kumpulan. Berkongsi lokasi dan rakaman audio serta video boleh juga dilakukan. Rakaman audio & video ini akan dipadam selepas beberapa ketika seperti Snapchat, melainkan diset untuk disimpan.

iCloud pada iOS membolehkan dokumen dikongsi pada peranti lain, sama seperti OSX.

Apple memperkenalkan Healthkit, sejenis API untuk kegunaan pihak ketiga. Apple bekerjasama dengan Nike untuk mendapatkan maklumat kesihatan, dan menghantarnya ke klinik berkaitan untuk maklumat doktor berkenaan pesakitnya.

Keluarga kini boleh berkongsi dengan Family Sharing. Anak-anak boleh meminta ibubapa membelikan aplikasi terus dari peranti. Gambar dan lagu dari iTunes juga boleh dikongsi terus bersama.

image

Gambar disimpan di iCloud menggunakan iPhoto. Ia boleh diedit seperti meluruskan atau mencerahkan dan secara automatik boleh dilihat pada peranti lain secara masa nyata yang menggunakan akaun iCloud yang sama. Fungsi ini akan hadir pada OSX pada awal tahun depan. Tetapi penggunaan ini percuma untuk 5gb yang pertama sahaja. Penyimpanan gambar melebihi 5gb akan dikenakan caj tambahan.

Siri kini boleh dilancarkan hanya dengan bercakap terus tanpa menekan sebarang butang, sama seperti Ok Google di Android.