Caliph Buskers: Kami masih seperti dahulu

Caliph Buskers: Kami masih seperti dahulu

10 Feb – Kumpulan Caliph Buskers yang mencipta fenomena ketika muncul di pentas Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) bersama Mojo baru-baru ini berkata mereka masih seperti dahulu sekaligus menafikan dakwaan kononnya mereka kini mula bersikap sombong.

"Kami masih seperti dahulu. Tiada apa yang berubah apatah lagi untuk bersikap memilih terhadap jemputan yang dibuat kepada kami.

"Selain persembahan jalanan dan jemputan beberapa acara hiburan kami masih menerima undangan persembahan di majlis perkahwinan dan tiada sebab mengapa kami perlu menolak," ujar vokalis utama Khairul Azmi Saat yang dipetik dari mStar.

Tambah Azmi lagi, pihak yang ingin mengundang mereka untuk membuat persembahan tidak perlu berasa takut kerana mereka tidak memilih.

"Kami adalah kumpulan buskers dan mencari kekayaan bukan tujuan utama kami. Gosip sebelum ini diharap tidak akan membuatkan ada pihak berfikir dua kali untuk menjemput kami.

"Apa yang penting kami dapat menghiburkan masyarakat dengan muzik dan akan memberikan yang terbaik."

Dalam pada itu, Azmi turut berkata kontroversi yang menghimpit mereka tidak mematahkan semangat mereka untuk terus mengejar cita-cita bidang muzik.

"Cerita berkenaan tidak melemahkan kami dan ia hanya perkara kecil. Pada yang mengenali kami mereka tahu itu bukan sikap Caliph Buskers.

"Kami bersyukur kerana ada penyokong dan peminat yang sentiasa mendoakan kebaikkan untuk kami dan itu membuatkan kami terus bersemangat untuk terus menghiburkan masyarakt."

[Sumber foto: timmbill91]