Cara menggayakan kasut selain 'sneaker'

Cara menggayakan kasut selain 'sneaker'

19 Jan – Lelaki dan kasut 'sneaker' tidak dapat dipisahkan sama seperti wanita dan kasut tinggi. Ini kerana ramai lelaki menganggap 'sneaker' adalah satu-satunya jenis kasut kasual yang mudah dan sesuai untuk semua aktiviti.

Dengan rekaan yang elegan, moden dan selesa menjadikan 'sneaker' menjadi pilihan lelaki ketika bersukan atau keluar berjalan-jalan bersama teman.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda lelaki di luar sana beberapa tips untuk menggayakan kasut selain 'sneaker'.

Moccasins
Kasut yang dicipta penuh keselesaan ini dilihat kasut yang sempurna untuk semua agenda. Terdiri daripada pelbagai warna membuatkan kasut Moccasins ini mempunyai sedikit nilai serius dan fesyen di dalamnya. Kasut Moccasins sangat sesuai dipakai ketika acara semi-kasual atau sekadar mahu tampil bergaya bersama teman-teman. Kasut ini dilihat lebih moden dan bergaya tanpa mengenakan stoking kaki.

Flossy Espadrilles
Bagi anda yang tercari-cari gaya paling ringkas, kasut ini pilihan yang tepat dan cocok buat anda. Gaya'slip-on' telah menjimatkan masa anda kerana tidak perlu mengikat tali kasut seperti sebelumnya Meskipun serba ringkas, tetapi ia tetap tampil bergaya kerana rekaannya yang trendi dan lebih 'IN' tatkala dipadankan dengan seluar pendek.

Wing Tips
Jika anda seorang pencipta kasut kulit, kasut jenis Wing Tips adalah pilihan yang terbaik. Wing Tips merupakan kasut tradisional yang dipercayai berasal dari Scotland dan Ireland di mana kasut ini biasanya digunakan untuk kegiatan 'outdoor'.

Namun, ciri rekaan yang pendek dan kulitnya yang dihiasi dengan lubang-lubang kecil membuatkan ia sesuai untuk digayakan secara kasual mahupun formal. Jika anda ingin bereksperimen dengan gaya 50-an atau vintaj, kasut ini sesuai dipadankan bersama jeans dan seluar slake bergaris menegak!

Ankle Boots
Kasut but paras buku lali ini tergambar kasut yang kuat dan boleh menjadikan si pemakai lebih agresif dan tampak macho. Jika anda memilih but ini, pilihlah variasi warna yang kontras kerana ia membantu membuatkan anda kelihatan 'cool' dan kasual. Ankle Boots yang terdiri daripada pelbagai warna dan jenama ini membuatkan anda bebas memilih mengikut selera anda.