Advertisement

Erra Fazira: Ini soal hati dan perasaan

Erra Fazira: Ini soal hati dan perasaan

15 Apr – Aktres popular, Erra Fazira tampil mengulas kenyataan bekas suaminya Engku Emran yang mahu kembali rujuk yang diluah melalui laman sosial berkata, dia memerlukan ruang untuk melalui satu fasa hidupnya kerana ia bukan perkara kecil kerana ia melibatkan perasaan.

"Ini bukan perakra kecil dan ia membabitkan soal hati dan perasaan. Paling penting ia tidak harus dipaksa-paksa.

"Semua pihak harus bersikap adil dan saya perlukan ruang untuk melalui satu fasa hidup yang baru. Saya banyak diuji dan saya perlu memperkuatkan diri. Tiada perkara lain yang mahu saya fikirkan sekarang ini selain membesarkan Aleesya dengan cara seadil-adil dan sebaik-baiknya," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Menurut Erra, selepas bekas suaminya menimbulkan perkara tersebut ia secara tidak langsung telah meletakkan dirinya dalam keadaan tertekan.

"Saya sendiri menerima pelbagai maklum balas dan boleh dikatakan satu Malaysia tekan saya. Saya tahu dan faham niat mereka baik, tetapi keputusan bukan boleh dibuat sekelip mata.

"Susah untuk saya menyatakan sekiranya kalau saya berkata, lebih dan menidakkan orang akan tuduh saya keras kepada."

Dalam pada itu, Erra berkata, dia tidak boleh membuat keputusan secara terus kerana ia memerlukan pertimbangan yang mendalam kerana ia membabitkan hati dan perasaan.