Advertisement

Fauzi Nawawi enggan minta maaf kepada Sharnaaz

Fauzi Nawawi enggan minta maaf kepada Sharnaaz

27 Feb – Pelakon Fauzi Nawawi tetap bertegas dan enggan memohon maaf kepada Sharnaaz Ahmad selepas Sharnaaz memberi tempoh seminggu kepada Fauzi dan isterinya Lisdawati untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan tindakan undang-undang.

"Takkan ada perkataan maaf daripada saya. Maaf saya sudah habis. Jadi kita tunggu dan lihat. "Saya berada di pihak yang benar. Saya hanya pertahankan isteri dan bersedia hadapi apa-apa yang berlaku. Kalau dia nak minta maaf kerana menengking dan menyerang Lisda, saya okey saja, tapi untuk saya pergi minta maaf, saya takkan buat," katanya kepada Harian Metro.

Kemelut itu dipercayai berpunca daripada tindakan Sharnaaz menengking dan menyerang Lisdawati di lokasi penggambaran drama bersiri "Bukan Aku Tak Cinta" pada 19 Februari lalu.

Fauzi kemudian menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi meminta penjelasan, bagaimanapun Fauzi mendakwa Sharnaaz membalas mesej berbaur ugutan dan provokasi untuk menyelesaikan masalah.

Berikutan itu, Fauzi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi sebagai perlindungan atas dakwaan diugut Sharnaaz.