Hasan Malek tidak letak jawatan menteri

178 pasar raya sertai kempen penurunan harga setakat ini, kata menteri

Datuk Seri Hasan Malek (gambar) tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Penafian itu dilakukan oleh pejabat menteri tersebut dalam satu kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan kepada Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

"Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan komen yang dibuat dalam blog dan Facebook kononnya Datuk Seri Hasan Malek akan meletakkan jawatan.

"Perkara itu (peletakan jawatan) adalah tidak benar sama sekali," kata kenyataan itu.

Khabar angin tentang peletakan jawatan membabitkan Hasan tersebar sejak semalam di beberapa laman sosial. - Bernama, 10 Januari, 2014.