Advertisement

HTC Butterfly 2 Mungkin Akan Ke Asia Tidak Lama Lagi

Model terkini HTC ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di pasaran Asia. Di Malaysia ianya telah dilancarkan dan dijual oleh hampir semua syarikat telekomunikasi di negara ini. Jadi sambutan untuk model ini agak bagus.

HTC telah bercadang untuk mengeluarkan model yang dikemaskini, dijangka dipanggil Butterfly 2 dan dijual di masa yang akan diumumkan kelak.

Walau bagaimanapun pada masa ini tidak diketahui apa fungsi baru yang akan dimasukkan ke dalam model kesinambungan ini. Serta, model terbaru HTC, HTC One dijangka akan ke pasaran di hujung April atau Mei dengan harga dijangkakan sekitar RM2299.