Ibu Yuna restu Julian masuk meminang

IBU penyanyi dan komposer terkenal Yuna mengakui yang dia selesa dengan hubungan cinta yang terjalin di antara anak tunggalnya dengan jejaka Mat Salleh, Julian Schratter ketika ini.

Semasa ditemui di majlis pradengar album kedua Yuna berjudul, 'Nocturnal', ibu penyanyi kesayangan ramai itu, Fawzia Anum membayangkan dia seolah-olah merestui hubungan Yuna dan Julian yang kini hangat dilamun cinta.

Ditanya kemungkinan penyanyi yang semakin menempa nama di pentas hiburan antarabangsa itu bakal mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat, jawab Fawzia “biarlah Julian yang make the first move (mengambil langkah pertama).

Beliau mengakui bukannya mudah untuk jejaka bertuah itu disatukan dengan puterinya itu kerana dia perlu terlebih dahulu mendalami dan memeluk agama Islam.

BACA:
Yuna tutup akaun Instagramnya demi privasi
Album baru Yuna dipuji produser Hollywood Ryan Seacrest
Yuna dikecam peminat di Facebook?

“Mereka berdua masing-masing sibuk dengan kerjaya dan belum berkesempatan untuk memikirkan tentang hal ini secara serius,’’ ujar Fawzia lagi.

Menurutnya, keluarga kedua-dua belah pihak telah bertemu di Amerika Syarikat tidak lama dulu untuk saling kenal mengenali dan hubungan mereka amat mesra.

Apabila diajukan soalan mengenai hari bahagianya, sambil tertawa kecil penyanyi itu lantas mengelak dari berbicara lanjut.

Pada konsert Yuna yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada September lalu Julian hadir bagi memberi sokongan moral kepada kekasihnya itu. Julian yang merupakan jurugambar peribadi Yuna turut menjadi “selebriti” dan menjadi perhatian peminat-peminat Yuna yang hadir untuk menonton bintang kesayangan mereka itu. 

 

David Foster meminati album ‘Nocturnal’
Bukan calang-calang artis dapat ‘dilamar’ komposer dan pemuzik tersohor David Foster. Bakat dan vocal eklektik dan uniknya membuatkan David ‘jatuh hati’ dengan penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah ini untuk menawarkan kontrak rakaman di bawah naungan syarikat rakamannya, Verve Music Group.

‘Nocturnal’ dirakamkan sepenuhnya di Los Angeles, Yuna mempertaruhkan 11 buah lagu yang menggabungkan nama-nama pemuzik terkenal termasuk Robin Hannibal (dari kumpulan Rhye),  penyanyi dan komposer Britain Chris Braide, pemain gitar Incubus Michael Einzinger dan ahli kumpulan N.E.R.D Chad Hugo.

Menganggap dirinya bertuah kerana dapat berkolaborasi dengan nama-nama besar di persada muzik antarabangsa, Yuna tetap merendah diri dengan pencapaiannya setakat ini.

“Saya seorang artis baru namun saya cukup bersyukur dengan mendapat sambutan baik dari peminat di Amerika.  Selepas berpenat-lelah menghasilkannya, saya cukup teruja album ini turut menemui peminat saya di Malaysia,” ujar Yuna.

Mula mendapat tempat di corong-corong radio di Amerika Syarikat serta di Youtube , ‘Rescue’ yang merupakan single dari album, kata Yuna menyuntik elemen dikir barat yang cukup ‘catchy’.

“Vibe lagu ini ada unsur-unsur tradisional dan lagu ini memang mencabar vocal saya,” katanya sambil tertawa kecil.

Kata Yuna, perjumpaannya dengan David (Foster) selepas ‘Nocturnal’ siap rakamannya merupakan satu momen istimewa dalam hidupnya.

“Saya cukup “nervous” untuk berjumpa dengan David. Apabila kami bersemuka, David menyatakan yang beliau tertarik dengan album saya dan menyatakan lagu kegemarannya ialah ‘Mountains’,” kata penyanyi tinggi lampai itu.

Meletakkan ‘Nocturnal’ sebagai percaturan baru dalam karier seninya yang semakin melonjak naik.

“Saya dapat melihat diri saya lebih matang dengan album ini, seolah-olah saya seorang yang baru. Saya telah melalui pelbagai cabaran namun ia memberikan inspirasi kepada saya untuk menulis mengenai apa yang telah berlaku,” kata Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai.

Yuna turut mengakui yang ‘Nocturnal’ memberikan ruang untuk beliau bereksperimen dengan pelbagai melodi tradisional dan kontemporari.

Yuna mula melakar nama di persdan seni antarabangsa pada tahun lalu selepas berkolaborasi dengan rapper terkenal, Pharell. Majalah hiburan ‘Rolling Stone’ telah menjulang nama Yuna menggelarnya sebagai a certified indie cred and massive pop potential manakala The New York Times memuji muziknya gorgeous.


Yuna bakal muncul dalam program Jimmy Kimmel tahun depan

Yuna bikin panas lagi. Kali ini, penyanyi berusia 26 tahun itu mendapat pengiktirafan besar menjadi artis tempatan pertama mendapat jemputan dalam program bual bicara popular, ‘Jimmy Kimmel Live’.

“Saya sangat teruja kerana ini merupakan satu lagi pencapaian besar dalam karier saya. Alhamdulillah dengan rezeki ini,” katanya merendah diri.

Sebelum ini, Yuna mendapat pengiktirafan sebagai artis Malaysia pertama dijemput membuat persembahan dalam program bual bicara 'The Tonight Show With Jay Leno' pada bulan Mac lalu. 
Yuna mendedangkan lagu "Shine Your Way" yang merupakan runut bunyi filem DreamWorks Animation 'The Croods' yang dinyanyikan dengan komposer dan penyanyi Adam Young.

 

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting