Keenakan kek Turkish Indulgence

31 Okt – Baru-baru ini rangkaian kek dan kafe terbesar di Malaysia, Secret Recipe telah melancarkan sebuah kek premium terbaru yang dinamakan 'Turkish Indulgence'.

Kek yang diilhamkan dari filem "Istanbul Akan Datang" lakonan Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairy yang menampilkan panorama serta atmosfera indah bandaraya romantis Istanbul, dan kek terbaru ini akan mengabadikan warna dan keajaiban bandaraya Istanbul.

'Turkish Indulgence' ini diperbuat dengan lapisan fudge coklat dan krim keju yang enak dan dilapisi dengan gula-gula Turki beraroma wangi bunga ros, kacang pistachio dan marshmallow.

Untuk membuat anda bertambah terliur, bahagian atas kek 'Turkish Indulgence' ini akan dibanjiri dengan lapisan couverture coklat gelap dan kacang pistachio hancur.

Ia pastinya akan menjadikan anda merasai pengalaman indah yang berbaloi untuk dirasai.

Loading...

Latest News