Keputusan PRK Sungai Limau selewat-lewatnya 10 malam

Kesemua 17 pusat pembuangan undi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau secara rasmi ditutup pada jam 5 petang tadi.

Sejumlah 23,249 atau 85.5% daripada keseluruhan pengundi keluar menjalankan tanggungjawab membuang hari ini.

Keputusan pilihan raya ini akan menentukan wakil rakyat baru bagi kerusi DUN Sungai Limau.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), keputusan penuh pilihan raya kecil Sungai Limau akan diketahui selewat-lewatnya jam 10 malam ini.

Hari ini penduduk Sungai Limau keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka bagi mengisi kekosongan kerusi DUN tersebut selepas penyandangnya arwah Tan Sri Azizan Razak kembali ke rahmatullah.

Pilihan raya kecil kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS, Mohd Azam Abd Samat. – 4 November 2013.