Advertisement

KJ muat naik klip bawa lagu 'The Beatles' bersama anak

Khairy Jamaluddin memetik gitar dalam satu persembahan. — Foto ihsan Twitter/Hishammuddin Hussein
Khairy Jamaluddin memetik gitar dalam satu persembahan. — Foto ihsan Twitter/Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Penampilan bekas menteri Khairy Jamaluddin sering menjadi perhatian ramai, jadi tidak salah untuk melabelkan beliau sebagai pemimpin politik paling bergaya dalam negara.

Sering tampil dengan gaya maskulin dan kemas, hebat dalam sukan ekuestrian, anggota Umno itu juga rupa-rupanya handal bermain muzik.

Terbaru, menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi memuat naik klip video beliau bersama dua anaknya membawakan lagu The Beatles berjudul Come Together dalam satu persembahan.

“Akhirnya dapat klip persembahan pertama Cougiran (nama kumpulan mereka) dalam konsert “Fab 50's dan Mad 60's” di kedai muzik Ironwood,” tulisnya di Instagram hari ini.

“Kuga (nama panggilan anak pertama Jibreil Ali) sebagai Paul McCartney, Raif Leo (anak bongsu) selaku John Lennon dan papa jadi George Harrison. Harap satu hari nanti Puma (anak kedua Timor Abdullah) dapat bergabung bersama atas panggung.”

Disukai 23,000 kali setakat ini, hantaran itu mendapat reaksi positif warga maya termasuk juara program realiti Fear Factor Malaysia 2014 iaitu Mohd Redha Rozlan.

Pada Ogos, Khairy memuat naik foto bermain gitar dalam satu acara hingga ada warga maya yang menyamakan beliaudengan artis terkenal Ramli Sarip dan Tony Montana, watak protagonis dalam filem Scarface (1983) lakonan Al Pacino.

Related Articles Graduan jerit 'undur VC' pertahan protes, tuduh naib canselor UM sokong 'apartheid' Tayang pinjaman ASB ke media sosial, 'bukannya boleh keluar duit pun' Comelnya kucing bonceng motor, warga maya bergurau 'topi keledar mana?' (VIDEO)