Advertisement

Lufya minta cerai dalam Whatsapp, bekas suami penuhi guna cara sama

Pelakon Lufya Omar mendakwa beliau tidak tahu-menahu lafaz cerai melalui WhatsApp yang didakwa bekas suaminya.  — Foto ihsan Facebook/Lufya Luvya
Pelakon Lufya Omar mendakwa beliau tidak tahu-menahu lafaz cerai melalui WhatsApp yang didakwa bekas suaminya. — Foto ihsan Facebook/Lufya Luvya

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Suami penyanyi dan pelakon Lufya Omar mendedahkan bekas isterinya beberapa kali meminta cerai menerusi aplikasi Whatsapp.

“Tahun ini saja sudah beberapa kali dia minta cerai. Kali terakhir pada minggu lalu menerusi aplikasi WhatsApp. Bagi memenuhi permintaannya, saya ceraikan dia menerusi WhatsApp,” kata Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Enggan mendedahkan punca perceraian, Hafiz berkata dia dan Lufya, nama asal Lutfyah Sheikh Omar, 34, tidak tinggal sebumbung sejak lebih tiga bulan lalu.

“Sebenarnya, beberapa bulan lalu memang rumah tangga kami sudah bermasalah. Sejak itu juga, dia sudah mula minta cerai," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Lufya mendakwa beliau tidak ada menerima lafaz cerai seperti didakwa Hafiz menerusi Whatsapp.

Pelakon Mahar Tanpa Cinta tidak tahu-menahu mengenai tindakan bekas suaminya, malah dia mengakui bingung dengan perkara tersebut.

“Kalau dia ada memfailkan perceraian, saya pasti ada menerima dokumen berkaitan,” katanya yang berharap Hafiz melepaskannya menerusi saluran yang betul, bukan menerusi telefon.

“Dia kena fikir, dirinya mempunyai anak. Semua ini adalah untuk kebaikan dan hormatilah cara sepatutnya bagi melepaskan wanita yang kamu kahwini,” kata Lufya.

Lufya mendirikan rumah tangga dengan Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan Laana Haura, kini berusia dua tahun.

Related Articles Zee Avi hasilkan lagu buat mangsa buli media sosial Wajah mirip lelaki kes pukul isteri, Issey pula kena 'halau keluar Malaysia' Masih solo jaga anak, Bella enggan tagih simpati