Advertisement

Jenazah mangsa nahas MH17 tiba di tanah air

Siaran langsung Malaysia berkabung hari ini ketika 20 jenazah warganegara Malaysia yang maut dalam tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang ditembak hingga terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu selamat tiba di tanah air.

Jalur Gemil

ang di seluruh negara dikibarkan separuh tiang, dan waktu seminit diperuntukkan untuk bertafakur sebagai tanda penghormatan kepada mangsa.

Seramai 300 anggota tentera daripada 12 Briged Infantri Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan kesemua jenazah akan dikendali dengan penuh hormat dalam istiadat Hari Perkabungan negara hari ini, yang disiarkan secara langsung dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia, jenazah orang awam diberikan penghormatan negara.

Nasib malang yang menimpa penerbangan MH17 pesawat MAS Boeing 777 itu adalah yang kedua selang empat bulan selepas tragedi kehilangan misteri MH370 yang lesap hingga kini ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur. Pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac itu masih belum ditemui hingga kini walaupun operasi pencarian besar-besaran dilakukan membabitkan pelbagai negara.

Kami bawakan anda perkembangan terbaru di sini.

9.00 pagi: Waris dan keluarga mangsa mula memasuki Kompleks Bunga Raya, KLIA. Hampir semua memakai baju hitam dan putih.

9.10 pagi: Bernama melaporkan 20 pramugari berpakaian seragam MAS, memakai selendang hitam, antara tetamu di Kompleks Bunga Raya.

9.15 pagi: Ketibaan wakil rakyat Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

9.32 pagi: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

9.37 pagi: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

9.45 pagi: Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

9.54 pagi: Pesawat khas MAS yang membawa pulang 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17 mendarat di KLIA

10.15 pagi: Kereta jenazah beratur memasuki landasan menanti keranda dikeluarkan.

10.21 pagi: Keranda pertama, anak kapal MAS allahyarham Mastura Mustafa dikeluarkan.

10.22 pagi: Keranda kedua, kru teknikal MAS allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi dikeluarkan.

10.25 pagi: Keranda mula dimasukkan ke van jenazah yang sedang menunggu.

10.25 pagi: Keranda ketiga dan keempat Hamfazlin Sham Mohamed Arifin dan Nur Shazana Mohamed Salleh dikeluarkan.

10.30 pagi: Keranda ketua pramugari allahyarham Dora Shahila Kassim diturunkan.

10.31 pagi: Keranda mendiang Foo Ming Lee dikeluarkan.

10.33 pagi: Keranda mendiang Karamjit Singh Karnail Singh dikeluarkan.

10.35 pagi: Keranda mendiang Ng Qing Zheng, penumpang MH17 dikeluarkan.

10.37 pagi: Keranda ke-9 dan ke-10 suami isteri mendiang Mabel Anthony Samy dan Paul Rajasingam Sivagnanam dikeluarkan.

10.42 pagi: Abu mayat mendiang Elisabeth Ng Lyeti, Lee Hui Pin dan Angeline Premila Rajandaran dibawa turun daripada pesawat.

10.42 pagi: Keranda allahyarham ibu dan anak Ariza Ghazalee dan Muhammad Afif Tambi dikeluarkan.

10.45 pagi Keranda allahyarham Noor Rahimmah Mohd Nor dikeluarkan.

10.47 pagi: Keranda mendiang Chong Yee Pheng dan allahyarham Azrina Yakob dikeluarkan.

10.50 pagi: Dua keranda terakhir allahyarham Mohd Ali Md Salim dan Hasni Hardi Parlan dikeluarkan.

10.55 pagi: Semua 20 jenazah selamat dimasukkan ke dalam van jenazah masing-masing.

10.56 pagi: Rakyat Malaysia di seluruh negara bertafakur seminit. Pemandu diminta berhenti di tepi jalan dan berdoa, membacakan al-Fatihah bagi yang beragama Islam dan doa mengikut agama masing-masing. Kira-kira 3,000 rakyat bertafakur di Dataran Merdeka sebagai penghormatan kepada 20 jenazah mangsa nahas MH17.

Kenderaan jenazah membawa mangsa tragedi MH17 meninggalkan Kompleks Bunga Raya, KLIA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 Ogos, 2014.
Kenderaan jenazah membawa mangsa tragedi MH17 meninggalkan Kompleks Bunga Raya, KLIA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 Ogos, 2014.

10.57 pagi: Kenderaan jenazah bergerak meninggalkan landasan di Kompleks Bunga Raya, KLIA membawa jenazah ke destinasi masing-masing untuk disemadikan mengikut upacara agama mangsa.

11.06 pagi: Keranda allahyarham Ariza dan anaknya Afif, Ali, Azrina dan Hasni dimasukkan ke dalam pesawat dan helikopter Angkatan Tentera Malaysia dihantar pulang ke destinasi masing-masing iaitu ke Petrajaya, Pagoh, Taiping dan Segamat untuk disemadikan.

11.15 pagi: Kenderaan jenazah bergerak meninggalkan landasan di Kompleks Bunga Raya, KLIA membawa jenazah ke destinasi masing-masing untuk disemadikan mengikut upacara agama mangsa.

12.10 tengah hari: Helikopter EC725 yang membawa jenazah Ali tiba di IKBN Pagoh. Jenazah akan dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Jayor, Pagoh selepas solat Jumaat.

12.15 tengah hari: Keranda jenazah pramugari mendiang Chong dan penumpang allahyarham Noor Rahimah tiba di Ipoh.

12.20 tengah hari : Jenazah dua kakitangan MAS, Nur Shazana Mohamed Salleh dan Ahmad Hakimi Hanapi tiba di Masjid Putra, Putrajaya.

12.20 tengah hari: Raja Muda Perak tiba di Lapangan Terbang Tekah, Assam Kumbang, Taiping untuk istiadat penghormatan penerimaan jenazah anak kapal MH17 allahyarham Azrina.

12.30 tengah hari: Helikopter yang membawa timbalan perdana menteri tiba di padang IKBN, Pagoh.

12.30 tengah hari : Solat jenazah di Masjid Putra, Putrajaya diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

12.35 tengah hari: Jenazah mendiang Foo tiba di Nirvana Memorial Centre Jalan Sungai Besi untuk upacara keagamaan. Jenazah mendiang akan melalui upacara keagamaan selama dua hari di Taman Peringatan Nirvana SungaiBesi manakala upacara pembakaran jenazah akan dilaksanakan pada Ahad di Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.

12.35 tengah hari: Jenazah Karamjit Singh Karnail Singh tiba di Taman Peringatan Nirvana, Seksyen 21 Shah Alam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Dr J Loga Bala Mohan berada di Taman Peringatan Nirvana.

12.35 tengah hari: Jenazah allahyarham Noor Rahimmah dan mendiang Chong masing-masing dibawa van jenazah ke kediaman keluarga di Tambun dan Taman Pertama, Ipoh.

12.35 tengah hari: Helikopter EC725 TUDM membawa jenazah allahyarham Azrina tiba di Lapangan Terbang Tekah, Assam Kumbang, Taiping.

12.50 tengah hari: Jenazah allahyarham Dora Shahila tiba di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

12.50 tengah hari: Jenazah mendiang Paul dan Mabel tiba di Taman Peringatan Nirvana, Sungai Besi.

12.55 tengah hari: Jenazah allahyarham Noor Rahimah tiba di kediaman keluarganya di Kampung Rizab Melayu Tambun, Ipoh.

12.55 tengah hari: Jenazah mendiang Chong tiba di kediaman keluarganya di Taman Pertama, Ipoh.

12.55 tengah hari: Jenazah allahyarham Azrina tiba di Masjid Al-Hidayah, Jalan Muzzafar Shah, Assam Kumbang, Taiping.

1.00 petang: Jenazah dua kakitangan MAS, allahyarham Nur Shazana dan Ahmad Hakimi tiba dii Tanah Perkuburan Islam Putrajaya untuk pengebumian.

1.00 petang: Jenazah Hamfazlin Sham tiba di kediaman keluarganya di Wangsa Maju dan akan disembahyangkan di Masjid Usamah Bin Zaid.

1.00 petang: Abu mayat pramugari MAS Angeline tiba di rumah keluarganya di Bukit Tinggi, Klang.

1.00 petang: Abu mayat Elisabeth tiba di Pusat Xiao En Bereavement di Jalan Kuari, Cheras.

Ahli keluarga dan pelajar Tahfiz membacakan surah Yassin ketika jenazah ketua pramugari MAS MH17 allahyarham Dora Shahila Kassim tiba di Masjid At- Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Ogos, 2014.
Ahli keluarga dan pelajar Tahfiz membacakan surah Yassin ketika jenazah ketua pramugari MAS MH17 allahyarham Dora Shahila Kassim tiba di Masjid At- Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Ogos, 2014.

1.20 petang: Solat jenazah allahyarham Noor Rahimmah diimamkan Adun Manjoi Muhammad Ziad Zainal Abidin di kediaman keluarganya dan akan disembahyangkan sekali lagi selepas solat Jumaat di Masjid Al-Amin, Tambun, Ipoh.

1.30 petang: Jenazah Nur Shazana selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya. Jenazah mendiang Chong akan berada di kediaman keluarganya di Taman Pertama, Ipoh 2 hari untuk upacara keagamaan sebelum disemadikan di Paradise Memorial Park, Jalan Chemor, Tanjung Rambutan pada pukul 1 tengah hari, Ahad.

2.20 petang: Jenazah pramugari MAS allahyarham Hamfazlin Sham disembahyangkan di Masjid Usamah Zaid sebelum dibawa ke tanah perkuburan Islam Batu Muda, Gombak.

2.22 petang: Pesawat yang membawa jenazah allahyarham Ariza dan anaknya Muhammad Afif tiba di Pangkalan TUDM Kuching.

2.26 petang: Kenderaan yang membawa jenazah allahyarham Mohd Ali tiba di kediaman keluarganya di Kampung Jayor, Pagoh. Muhyiddin, Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin bersama orang ramai menunaikan solat jenazah di kediaman keluarga Mohd Ali.

2.30 petang: Jenazah anak kapal allahyarham Azrina Yakob di Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Assam Kumbang, Taiping.

2.40 petang: Jenazah pramugari MAS allahyarham Dora Shahila Kassim tiba di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

3.10 petang: Jenazah allahyarham Ahmad Hakimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya.

3.10 petang: Jenazah allahyarham Hamfazlin Sham selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Batu Muda, Gombak.

3.10 petang: Jenazah allahyarham Dora Shahila selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara.

3.36 petang: Jenazah allahyarham Azrina selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Amin, Assam Kumbang, Taiping.

3.30 petang: Jenazah allahyarham Noor Rahimmah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama, Tambun, Ipoh.

3.45 petang: Jenazah allahyarham Hasni selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kampung Paya Luas Segamat. – 22 Ogos, 2014.