Advertisement

Malaysia Negara Pertama di Asia Pasifik Mendapat Q10

Anda peminat produk Q10 dan mahu memilikinya sendiri? Sekarang anda boleh terus beli dari pengedar sah BlackBerry di Malaysia, ataupun daripada syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan seperti Maxis dan Celcom.

Bagi pelanggan Celcom, anda boleh mendapatkan BlackBerry Q10 dengan harga istimewa – serendah RM 1,388 untuk masa yang terhad apabila anda melanggan mana-mana pakej yang merangkumi pakej Celcom First Voice + pelan data mPro untuk 24 bulan. Ianya boleh didapati dari kedai Blue Cube Celcom, dan rakan-rakan dagangan Celcom di seluruh negara.

BlackBerry Q10 sedia untuk menyokong sambungan LTE yang ditawarkan oleh Maxis dan Celcom di lokasi-lokasi terpilih tanah air. Layari laman web www.celcom.com.my ataupun www.maxis.com.my untuk keterangan lebih lanjut.