MALINDO AIR TAWAR TAMBANG ISTIMEWA SEMPENA PILIHAN RAYA UMUM

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah

Malaysia, Malindo Air, menawarkan tambang istimewa ke dan dari Kuching dan

Kota Kinabalu, bagi pengundi yang mahu pulang untuk membuang undi dalam Pilihan

Raya Umum 2013 pada 5 Mei depan.

Tambang istimewa ke Kuching daripada RM78 dan daripada RM108 ke Kota

Kinabalu itu boleh ditempah segera bagi perjalanan antara sekarang dan 31 Julai,

kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Tambang sehala itu ditawarkan bagi 168 tempat duduk dalam kelas ekonomi di

empat penerbangan harian ke dan dari Kuching serta tiga penerbangan harian ke

dan dari Kota Kinabalu.

-- BERNAMA

NHIZ AS ZK

--

Get stories like this on the Yahoo app and discover more every day.
Download it now.
Loading...

Latest News