Martias Ali meninggal dunia akibat kanser

Azizah Saleh
Martias Ali meninggal dunia akibat kanser

30 Mei – Penuli skrip, Martias Mohd Ali, 46, dilaporkan telah meninggal dunia akibat kanser darah pada malam tadi.

Menurut laporan portal media tempatan, berita tersebut telah disampaikan oleh Persatuan Seniman melalui laman sosial Facebook mereka kira-kira jam 12.30 malam.

"Martias Mohd Ali, penulis skrip dan juga Bendahari Creative Content Industry Guild (CCIG) meninggal dunia akibat kanser barah.

"Kita doakan semoga rohnya tergolong dalam orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," tulis Persatuan Seniman.

Antara nukilan skripnya yang popular adalah melalui drama-drama seperti "Hari-Hari Terakhir Seorang Perempuan", "Zaharul VS Zarina", "Idris Beca", "Air Mata Papa","Nek Nak", "Fobia" dan banyak lagi.

Arwah Martias juga pernah memenangi anugerah drama terbaik di Anugerah Seri Angkasa melalui drama "Hari-Hari Terakhir Seorang Perempuan" dan juga merupakan finalis Anugerah Skrin TV3.

Semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.