Advertisement

Meghan Trainor berkolaborasi dengan Clinique

Meghan Trainor berkolaborasi dengan Clinique

8 Feb – Penyanyi lagu hits "Lips Are Movin", Meghan Trainor telah dipilih untuk berkolaborasi dengan jenama kecantikan antarabangsa terkenal Clinique.

Menerusi kolaborasi tersebut, Meghan bertindak sebagai selaku pereka untuk beg kosmetik eksklusif beserta koleksi gincu bibir pilihannya.

Meghan yang juga pengguna setia rangkaian gincu Clinique, turut berkongsi rutin kecantikannya serta pengalamannya dalam dunia kecantikan.

"Saya sangat teruja! Saya tak tahu nak kata apa. Semuanya bermula apabila syarikat rakaman saya memberitahu perkara tersebut dan saya perlu buat mengenai solekan.

"Saya memang peminat barangan Clinique dan membantu menangani masalah kulit saya. Saya sangat teruja kerana saya yang mereka beg kosmoetik untuk Clinique,"ujarnya seperti dipetik daripada In Style.

Tambah Meghan lagi, beg rekaannya bersama Clinique itu merupakan sebuah beg solekan yang paling unik baginya.

Mengenai rekaan beg tersebut, Meghan sangat sukakan gemerlapan serta grafik bibir, jadi semestinya ia menjadi pilihan untuk beg solekan itu.

Beg edisi Meghan Trainor ini sangat terhad dan hanya boleh didapati di negara lain, namun anda masih lagi boleh memiliki produk-produk pilihan Meghan di Malaysia.

Jom saksikan muzik video Meghan Trainor yang bertajuk "Lips Are Movin" yang sangat berkait rapat dengan kolaborasi antaranya bersama Clinique.

[Sumber Foto: Indian Shringar]