TechnoStorm

Pelajar Malaysia Menang Lagi di ISEF

Pertandingan ini di Phoenix, Arizona untuk tahun ini

Nama Malaysia telah diharumkan di Intel International Science and Engineering Fair (ISEF) 2013 yang telah berlangsung di Phoenix, Arizona baru-baru ini. ISEF ialah pertandingan sains untuk pelajar sekolah menengah yang disertai oleh pelajar dari seluruh dunia.

Dua pelajar kita, Nur Liyana Johari dari SM Sains Tuanku Syed Putra, Perlis dan Sarah Wong Jia Xin dari SMK Batu Lintang, Sarawak telah memenangi tiga anugerah di dalam dua kategori yang telah disertai oleh mereka.

Nur Liyana telah memenangi tempat kedua di dalam kategori United Airlines Foundation dan juga tempat ketiga di dalam kategori Pengurusan Alam Sekitar dengan projek beliau yang bertajuk ‘Bio-Oil: The Use of Specially Made Catalyst’ ataupun Bio-Oil: Penggunaan Pemangkin Khusus.

Sarah Wong pula telah memenangi tempat ketiga di dalam kategori Kejuruteraan: Mekanikal dan Elektrikal dengan projek beliau yang telah diberi tajuk ‘The Use of Biosorbent for Removal of Colour and Heavy Metal from Dyed Waste Water’ ataupun Penggunaan Penyerap Bio untuk Membuang Warna dan Besi Berat (Berbahaya) dari Air Buangan Berwarna.

Tahniah buat adik Nur Liyana dan Sarah Wong!

Sarah Wong dan Nur Liyana. Tahniah!

Top 5 Picks

POLL

When buying a smartphone, which of the following is your priority?

Loading...
Poll Choice Options