Advertisement

PRK Sungai Limau: Maklumat pengundian boleh disemak esok

532 pengundi awal tunai tanggungjawab PRK DUN Chempaka

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan pengundi bagipilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau boleh membuat semakan maklumat pengundian bermula esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPR berkata antara maklumat yang boleh disemak adalah nama pusat mengundi, di mana seseorang pemilih itu akan mengundi, nombor saluran mengundi dan nombor siri pemilih.

“Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang SPR, perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) dan dengan pejabat pilihan raya negeri Kedah.”

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Limau pada 4 November manakala hari penamaan calon pada 23 Oktober.

Kerusi DUN Sungai Limau, yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai, kosong akibat kematian penyandangnya bekas menteri besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13, Azizan mempertahan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenangi sejak 1995 untuk PAS selepas menewaskan calon BN merangkap sepupunya, Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi. – 9 Oktober, 2013.