Syafiq Yusof disyaki denggi, "Desolasi" ditangguh

Syafiq Yusof disyaki denggi, "Desolasi" ditangguh

27 Nov – Filem terbaru arahan Syafiq Yusof "Desolasi" terpaksa ditangguhkan selepas 10 hari pengambaran dijalankan berikutan Syafiq disyaki menghidap denggi.

Penerbitnya yang juga bapanya, Datuk Yusof Haslam berkata, penggambaran filem tersebut yang dijalankan di sekitar ibu kota terpaksa ditangguhkan selepas doktor menasihatkan anak lelakinya untuk segera mendapatkan rawatan di hospital.

"Kami mengesyaki Syafiq dijangkiti deman denggi ketika berada dilokasi penggambaran, berikutan sejak kebelakangan ini hujan turun dengan tidak menentu.

"Apatah lagi saya difahamkan Syafiq begitu mengambil berat terhadap kualiti filemnya sehingga penggambaran dijalankan hampir 16 jam sehari," ujarnya seperti dipetik dari Berita Harian.

Tambah Yusof Haslam lagi, keadaan Syafiq semakin stabil dan akan meneruskan penggambaran apabila anaknya sudah pulih.

"Kini keadaannya semakin pulih selepas empat hari berada di Hospital Tawakal, sejak Sabtu lalu, dan penggambaran pula ditangguhkan selama seminggu. Proses pengambaran filem ini, yang masih berbaki 30 hari akan dijalankan kembali apabila Syafiq betul-betul stabil."

Filem "Desolasi" merupakan buah tangan keempat pengarah muda Syafiq Yusof yang dibintangi abangnya sendiri, Syamsul Yusof sebagai peneraju utama.

Antara filem yang pernah diarahkannya sebelum ini ialah filem "SAM" dan "Abang Long Fadil" yang melepasi kutipan pecah panggung.

Manakala filem seram pertama arahannya, "Villa Nabila" yang sudah siap penggambarannya, akan mula menjengah pawagam pada 15 Januari tahun hapadan.

[ Sumber Foto: ooo.my ]