[Terkini] Blackberry Z10 Sampai Bulan Mac dengan Harga RM2188

Untuk mereka yang ingin memiliki telefon Blackberry yang paling hangat, ini adalah berita baik untuk anda. Blackberry Z10 akan tiba di pasaran Malaysia mulai bulan Mac ini.

Harga jualan dikatakan sekitar RM 2188 untuk telefon sahaja. Ura-ura juga mengatakan bahawa Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang akan membawa masuk telefon in ke rangkaian mereka, pada Mac 8 ini.

Manakala yang lain akan mula menjual telefon ini melalui kedai dalam talian mereka dari bulan April. Kami tidak tahu apa pakej yang akan ditawarkan oleh mereka, jadi kita tunggu dan lihat tawaran hebat mereka.