Tunku Azizah beri Umie Aida petua masak kari ikan kurau masin

Umie Aida Rahmat mendapat petua memasak kari ikan kurau masin daripada Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandar. — Foto ihsan Facebook/Umie Aida
Umie Aida Rahmat mendapat petua memasak kari ikan kurau masin daripada Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandar. — Foto ihsan Facebook/Umie Aida

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Kita sering membaca Permaisuri Agong memasak dengan resipinya. Namun, jarang kita mendengar individu tertentu mendapat petua memasak daripada baginda.

Tetapi alangkah bertuah pelakon Umie Aida Rahmat mendapat keistimewaan itu daripada Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandar. Petua masak kari ikan kurau masin.

Beliau berkongsi keterujaan di Instagram selepas kakak Erma Fatima mengutuk kononnya beliau “gagal masak kari kepala ikan” dan ibu Mak Semah pula berkata “sedap” untuk ambil hati.

“Tuanku Permaisuri cakap kari ada banyak style (cara). Ada pekat dan cair. Terima kasih Tuanku Permaisuri bagi patik kata-kata semangat. Tadi semangat patik dah berkecai,” katanya.

“Lepas ni patik akan masak resepi Tuanku bagi ... Kari Ikan Kurau Masin. Ada ‘secret’ (rahsia) untuk bagi sedap,” katanya lagi.

 

 

Malah, di ruangan komen baginda juga mengajar kaedah memasak kari daging pekat yang ditabur dengan bawang goreng, turut mengujakan pengunjung dan peminat Umie Aida.

Pelakon filem Dukun turut menyisip paparan skrin perbualan dengan baginda yang dimuat naik semalam hingga mengundang hampir 8,000 tanda ‘suka’.

Semangat berkobar-kobar itu akhir diterjemahkan apabila Umie mencabar kakaknya, popular dengan panggilan Mak Cun, berlawan masak dengannya.

Rata-rata peminat dan warga maya gembira Umie Aida mendapat resipi daripada Tunku Azizah dan berharap ia dikongsi bersama dengan pengunjung lain.

Embun Confinement: Saya pun terjebak masak kari ikan merah hari ini. By the way, hebat Kak Umi dapat resipi kari ikan kurau masin dari Permaisuri sekali. Mashaallah. Nanti dah buat boleh kongsi resepi sekali.

Wawa Azua: Untungnya dapat resipi dari Permaisuri..resepi boleh share bersamakan...

Kapten Habib: Alhamdulillah bertuahnya kakak Umie Aida dapat ‘secret’ resipi dari Tuanku Permaisuri

Related Articles Sokong BN, Shahrol Shiro akui banyak tawaran kerja batal (VIDEO) Akel pendiam, Amir Ukays terkejut rakan terbunuh di Syria Lisa Blackpink dinobat wanita tercantik Asia, Shila Amzah turut tersenarai