Wakil Pakatan akan gunakan kekuatan parlimen untuk sekat persempadanan semula tidak adil

OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) berikrar akan menggunakan peningkatan kerusi Parlimen mereka untuk memastikan kawasan pilihan raya dilakar semula secara adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula akhir tahun ini.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi dan undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dengan hanya 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi dan memerlukan undi dari ahli Parlimen pembangkang untuk mengesahkan aktiviti itu.

“Akan tetapi jika mereka (SPR) tidak menambah kerusi dan proses hanya melibatkan pengarisan semula sempadan, ini adalah bahaya kerana ia membenarkan manipulasi dan tidak perlu undi dua pertiga,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insider.

“Pada masa lalu mereka (BN) menang besar dalam pilihan raya kerana aktiviti persempadanan semula sentiasa memihak kepada mereka… mereka memindahkan sokongan kami ke kerusi lain.”

Akan tetapi pengarah strategi PKR itu mengatakan kali ini persempadanan semula akan melibatkan penambahan dalam bilangan kerusi.

Beliau berkata sejajar dengan desakan kempen “satu undi, satu nilai” DAP, ahli parlimen PR akan berjuang habis-habisan untuk menggunakan kuasa Parlimen bagi memastikan pengundi lebih adil tersebar tidak seperti keadaan sekarang.

Pertuduhan pengagihan pengundi yang tidak adil telah digunakan sebagai hujah utama oleh penggubal undang-undang PR untuk menyokong pertuduhan manipulasi berpihak kepada BN telah menyebabkan gabungan pemerintah itu terus berkuasa.

Dalam artikel terbaru portal berita FZ.com, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan membangkitkan persempadanan kawasan pilihan raya yang sedia ada tidak logik dari segi saiz dan bilangan pengundi.

“Putrajaya mempunyai 15,791 pengundi berbanding Kapar yang mempunyai 144,159 pengundi. Ini tidak masuk akal.

“Dan kita mempunyai kerusi DUN Sri Serdang dengan 72,769 pengundi jauh lebih tinggi dari kerusi Parlimen Putrajaya,” beliau dipetik sebagai berkata.

Perkara ini juga telah menarik perhatian media antarabangsa.

Dalam Wall Street Journal semalam, wartawan Hong Kong Philip Bowring memberikan pandangan mengapa PR kalah pilihan raya walaupun menang 51 peratus undi popular — keputusan yang ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil menyalahkan manipulasi kawasan pilihan raya.

“Terima kasih kepada amalan berat sebelah anti-bandar melampau dan pemansuhan peraturan yang mengawal saiz relatif kawasan pilihan raya, kawasan pilihan raya terbesar mempunyai sembilan kali lebih ramai pengundi daripada paling kecil,” tulis Bowring.

“Atas dasar itu, dan mengambil kira bilangan kerusi dilawan sengit, pembangkang mungkin akan perlu menang sekurang-kurangnya 58 peratus undi popular untuk mendapatkan majoriti kerusi.”

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengatakan dengan pilihan raya berakhir dan usaha akan dilakukan untuk mencabar sesetengah keputusan melalui petisyen pilihan raya, langkah seterusnya bagi PR adalah untuk menumpukan kepada proses persempadanan semula.

SPR mengatakan baru-baru ini aktiviti itu akan bermula hujung tahun ini selepas proses enam bulan mendengar petisyen pilihan raya selesai. Petisyen mesti difailkan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya digazetkan.

Perlembagaan Persekutuan menetapkan proses persempadanan semula perlu dilakukan sekurang-kurangnya setiap lapan tahun. Kali terakhir SPR melakukan persempadanan semula adalah pada 2003.

“Tumpuan akan lebih kepada satu orang, satu undi, satu nilai selain dari mengetengahkan reformasi lain,” kata Pua. “Apa yang kami mahu adalah padang lebih sama rata dalam pilihan raya umum akan datang.

“Dalam erti kata lain, kita tidak sepatutnya melihat gabungan yang menang undi popular akan tetapi kalah dalam kiraan kerusi Parlimen.

“Oleh kerana BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen, aktiviti tersebut mestilah dipersetujui oleh kedua-dua pihak,” tambah beliau.

Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke bersetuju dengan rakan partinya, mengatakan adalah penting bagi PR menggunakan sepenuhnya pengaruh di Parlimen dan melawan jika tidak bersetuju dengan cadangan persempadanan semula SPR.

“Kita mempunyai lebih daripada satu pertiga ahli Parlimen dalam Dewan. Kita cukup kuat untuk memastikan persempadanan dilakukan dengan betul dan profesional,” katanya.

“Penentu undi tidak boleh menjadi tidak masuk akal seperti hari ini.”

Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad mengatakan perlu ada pengagihan pengundi yang “masuk akal” di kawasan pilihan raya bagi memastikan setiap undi mempunyai nilai sama di semua kawasan pilihan raya.

“Dalam sesetengah kes, terdapat kawasan Parlimen yang kurang daripada 10,000 pengundi… di tempat lain, anda mempunyai kerusi dengan lebih 100,000 pengundi.

“Kita akan cuba mengetengahkan perwakilan lebih adil secara menyeluruh,” katanya.

BN mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding PR 89 dalam pilihan raya 5 Mei akan tetapi buat pertama kali semenjak 1969, gabungan pemerintah itu hilang undi popular, hanya mendapat 48 peratus undi berbanding PR yang mendapat 51 peratus.

Pemimpin PR secara serta merta mendakwa terdapat penipuan apabila pemimpin de facto mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pembangkang persekutuan telah menang pilihan raya.
  • COMMENT: Xenophobia rears its ugly head in Singapore once more 18 hours ago
    COMMENT: Xenophobia rears its ugly head in Singapore once more

    Kirsten Han is a Singaporean blogger, journalist and filmmaker. She is also involved in the We Believe in Second Chances campaign for the abolishment of the death penalty. A social media junkie, she tweets at @kixes. The views expressed are … Continue reading →

  • Driving a $900,000 Porsche 918 Spyder to the future 21 hours ago
    Driving a $900,000 Porsche 918 Spyder to the future

    It’s more than just its inherent speed, or the whooshing noise that fills the cabin like a school choir jamming with James Hetfield. It’s what it represents in an industry full of skeptics. It’s a portal into the future – a time capsule left by some mad scientist born decades too soon. It’s something that shouldn’t exist. And yet it does.

  • 919 reasons to love: Flickr photo of the day 22 hours ago
    919 reasons to love: Flickr photo of the day

    We've brought you the drive video of the $900,000 Porsche 918 Spyder -- an 887-hp hybrid supercar with two electric motors working in harmony with a big 4.6-liter V-8. But how about this? Porsche's hybrid Le Mans racer -- the 919 Hybrid, sent to us by Kevin Leech. Get on board with electrification, folks. Because it's taking over the world.