Fouziah Gous: Kami tidak rasa tertekan untuk dapat anak

Fouziah Gous: Kami tidak rasa tertekan untuk dapat anak

28 Nov – Aktres jelita Fouziah Gous menyatakan dia dan suaminya Zhafran Yusof tidak berasa tertekan apabila disoal mengenai zuriat kerana mereka masih lagi dalam suasana berbulan madu.

"Saya tidak pernah rasa tertekan untuk dapat cahaya mata kerana saya rasa usia perkahwinan kami masih baru dan kami dalam keadaan berbulan madu.

"Kami jenis bercinta selepas kahwin, jadi buat masa ini masih lagi belajar tentang diri masing-masing dan tentang anak kami hanya berserah kepada takdir," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fouziah berkata, dia dan suaminya banyak meluangkan masa bersama kerana terlibat dengan perniagaan burung walid yang diusahakan bersama.

"Boleh dikatakan hampir setiap masa kami bersama dan saling menemani. Misalnya waktu pagi saya ikut dia pergi kerja dan petang dia pula teman saya uruskan kerja."

Walaupun sibuk dengan kerja, namun Fouziah masih lagi aktif dalam dunia seni dimana dia bakal muncul dengan drama terbaru terbitan Astro tidak lama lagi.

"Saya akan kembali dalam bidang lakonan dengan sebuah drama terbitan Astro tidak lama lagi. Saya akui sekarang memang saya memilih watak yang bagus dan berbaloi untuk dilakonkan sahaja berbanding dahulu kerana keutamaan saya ialah pada keluarga."