Sherry Ibrahim akui sudah berpunya

Sherry Ibrahim akui sudah berpunya

30 Okt – Pelakon jelita Sherry Ibrahim mengakui kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka berasal dari Mauritius.

Menurut aktres berusia 30 itu, dia yang sudah setahun menjalin hubungan cinta jarak jauh dengan jejaka itu bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

"Memang kami pernah berbincang soal kahwin, tapi si dia belum lagi bercadang untuk melamar saya dalam tempoh terdekat ini dan setiap kali ada kelapangan, pasti si dia akan datang ke sini untuk bertemu saya.

"Apa yang penting, kami bahagia dengan hubungan cinta jarak jauh ini," ujarnya kepada Harian Metro.

Mengimbau detik pertemuannya dengan kekasihnya itu, Sherry memberitahu kekasihnya itu juga bekerja dalam satu syarikat penerbangan yang sama ketika mana beliau menjadi pramugari di Qatar Airways.

"Setakat ini hubungan berjalan lancar dan ahli keluarga saya juga sudah tahu mengenai hubungan kami.

"Keluarga tak kisah dengan siapa saya berkawan kerana yang penting mereka ingin melihat hidup saya bahagia."

Dalam perkembangan lain, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Binti Haji Ibrahim akan muncul dengan mini album yang mempertaruhkan lagu single "Aku Yang Bersalah" yang turut berkolaborasi bersama Dafi dan penyanyi Indonesia Qusti Arya.