Alif Satar berhabis ratusan ribu untuk hari bahagianya

Alif Satar berhabis ratusan ribu untuk hari bahagianya

18 Ogos – Penyanyi popular Alif Satar mengakui berhabis ratusan ribu ringgit untuk majlis perkahwinanya dengan Sha Dila Halid pada 15 September depan.

"Memang kos tersebut mencecah ratusan ribu ringgit, tetapi yang saya keluarkan setimpal dengan yang kami kehendaki. Bukan wang ringgit menjadi ukuran tetapi asalkan majlis tersebut berjalan lancar sudah memadai.

"Paling tidak semua wang yang saya laburkan adalah wang simpanan sejak mula bergelar penyanyi pada usia 16 tahun. Lagipun rezeki saya ada sebab itu saya tak kisah sangat," katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Alif berkata, dia mengeluarkan wangnya sendiri untuk majlis perkahwinannya adalah kerana tidak mahu mengharapkan tajaan orang.

Majlis resepsi Aliff akan diadakan pada 20 September depan di Putrajaya.