Bienda timang cahaya mata kedua

Bienda timang cahaya mata kedua

28 Okt – Penyanyi Bienda telah selamat melahirkan anak keduanya pada 23 Oktober lalu di sebuah hospital swasta sekitar jam 8.14 malam.

Bayi perempuan yang diberi nama Laxiendra Namiraz Kamarul Zariman dilahirkan secara pembedahan kerana berdepan dengan masalah untuk melahirkan anak secara normal.

"Memang tak ada rezeki saya nak lahir secara normal. Tapi saya bersyukur anak kedua ini sihat walafiat dan Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Dari awal doktor pun cakap sepatutnya tak ada masalah untuk bersalin secara normal.

"Tapi tiba-tiba tak tahulah kenapa saya demam panas sejak Rabu lalu. Keesokan harinya terus rasa sakit nak beranak dan bergegas ke hospital. Tak sampai sejam di hospital air ketuban saya pecah dan degupan jantung anak saya pun berdegup laju.

"Jadi bimbang membahayakan kesihatan, doktor suruh saya bersalin secara pembedahan sahaja," katanya yang dipetik dari Berita Harian.

[Sumber foto: myartis]