Crayon Burger revolusi burger berwarna-warni

Nurfarrahin Huda Izamir

15 Nov – Jangan takut, crayon burger bukan diperbuat daripada crayon ya. Memang nampak pelik ketika pertama kali kami menjejakkan kaki ke restoran ini. Hendak memesan menu pun ambil masa 30 minit.

Restoran yang terletak di SS 15 Subang Jaya, baru dibuka pada tahun ini. Minat pemiliknya terhadap makanan popular dunia iaitu burger memberi inspirasi kepada si pemilik untuk mempelbagaikan citarasa. Daripada isi kandungan daging, sehingga sos strawberi dan mentega kacang.

Setiap roti yang bewarna mempunyai rasanya tersendiri. Burger ini mempunyai kombinasi salad segar, nachos rangup bersama sos keju.

Khas buat penggemar mentega kacang, pernah tak anda terfikir mentega kacang enak di makan bersama burger? Kenikmatan berganda boleh di peroleh dalam burger jenis ini. Burger daging bersama bacon daging diselaputi mentega kacang dan jem resberi. Pelik bukan? Ia bebas kolestrol juga!

Zombie Burger ini nampak menyeramkan, roti yang ditabur dengan bijan hitam di lapik di antara daging dan sos bawang merah. Zombi burger juga ditukar kepada ayam.

Burger ini di panggil The Boss kerana menjadi kegemaran kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke sini. Burger ini mempunyai kombinasi mayonis wasabi, telur goreng, gegelung bawang dan keju swiss.

Restoran ini dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad pada pukul 11 pagi hingga 10 malam. Untuk lebih maklumat tentang Crayon Burger, sila layari laman Facebook mereka, www.facebook.com/crayonburger