Juliana Evans kini graduan komunikasi

Juliana Evans kini graduan komunikasi

29 Apr – Ternyata usaha gigih aktres jelita, Juliana Evans berbaloi apabila sudah pun menamatkan pengajiannya di Western Michigan University, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pemilik nama Juliana Sophie Johari Evans ini ternyata berasa gembira dengan kejayaannya apabila dilihat turut memuat naik beberapa keping gambar di hari konvokesyennya beberapa hari lalu.

Turut hadir menemaninya pada hari istimewa itu adalah ibunya dan Juliana turut menulis nota di laman sosialnya itu yang berbunyi, "Impian kami akhirnya menjadi kenyataan. Bersyukur ibu berada di sini dan terima kasih di atas segalanya".

Tahniah diucapkan kepada Juliana yang kini menggenggam ijazah dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi setelah bertungkus lumus selama dua tahun lebih di sana.

Terdahulu, Juliana yang pernah membintangi filem "Hantu Bonceng" pernah dikaitkan mempunyai hubungan percintaan dengan pelawak terkenal, Zizan Razak.