Nur Fathia: Aiman Hakim seorang yang romantik

Nur Fathia: Aiman Hakim seorang yang romantik

3 Jan – Aktres jelita, Nur Fathia mendedahkan bahawa pelakon yang dikaitkan sebagai kekasihnya, Aiman Hakim merupakan seorang yang setia dan mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.

"Sebelum ini ketika Aiman berlakon menerusi drama "Mahabbah" di mana waktu itu dia masih lagi dengan bekas kekasihnya, saya dapat lihat kesetiaan dirinya selain bersikap mengambil berat. "Dia juga sering bercakap tentang kekasihnya pada kru produksi dan sebab itu saya kata dia seorang lelaki setia. Dia juga mempunyai ciri-ciri lelaki idaman saya selain seorang romantik," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fathia atau nama sebenarnya, Nur Fathia Latiff bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai status hubungan mereka dan hanya akan membuka mulut jika mahu berkahwin kelak.

"Saya rasa selesa dengan cara itu. Apabila sesebuah perhubungan itu tidak menjadi, tak ada la orang nak kata buruk mengenai perhubungan cinta saya yang lepas.

"Pada masa sama, orang akan lebih tertumpu mengenai berita-berita kerja lakonan saya sahaja."