Pra-Bayar Data Anda – DiGi memperkenalkan pelan baru untuk mereka yang inginkan lebih data

Untuk memperkayakan lagi hidup pengguna dengan penggunaan internet bergerak di Malaysia, DiGi telah memperkenalkan pelan pra-bayar baru untuk pengguna yang menggunakan telefon pintar. Pelan yang dipanggil DG Prepaid Smart Plan kini boleh didapati di semua kedai DiGi di serata Malaysia

Praveen Rajan, Ketua Bahagian Perkhidmatan & Internet DiGi berkata," Kami percaya semua orang harus mempunyai peluang untuk menggunakan internet bergerak untuk memperkayakan hidup mereka, yang tidak akan membebankan poket mereka — selaras dengan misi kami untuk member Internet Untuk Semua. Sejak 31 Mac 2012, DiGi mempunyak 5.3 juta pengguna Internet bergetak untuk skrin kecil dan besar, dan kami menjangkakan kehendak untuk menggunakan internet secara bergerak akan meningkat dengan jualan produk pintar yang bertambah kian hari, dan pelan data menjadi lebih berpatutan."

Pelan pra-bayar ini melengkapkan keluarga DG Smart Plan, yang mensasarkan consumer yang memerlukan pelan data yang tinggi, tanpa perlu memeningkan kepala untuk membayar pelan pasca-bayar untuk telefon pintar mereka. Dengan DG Prepaid Smart Plan, pelanggan baru boleh menikmati empat kali nilai untuk data, suara, SMS dan MMS dengan setiap isian semlua, dari serendah RM10.

Dari hanya RM25 basi setiap pek permulaan, DiGi memberikan komitmen sifar dengan data untuk 100MB dan tambahan lain yang bernilai RM45 terbina dalam setiap pek baru. Pelanggan boleh mengisi semula dengan nilai RM10, RM30, RM50 dan RM 100, yang setiap satu memberikan empat kali nilai untuk data, suara, SMS dan MMS.