Raja Muda Selangor muncul di kulit depan majalah Prestige

Raja Muda Selangor muncul di kulit depan majalah Prestige

20 Jan – Buat pertama kalinya, Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, muncul di muka hadapan untuk majalah Prestige Malaysia.

Raja Muda Selangor tampil segak bersama suit mewahnya di dalam gambar hitam putih untuk keluaran bulan Januari majalah tersebut

Tengku Amir Shah merupakan putera tunggal kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dan pasangannya yang merupakan warga Amerika Syarikat Cik Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah. DYTM Tengku Amir telah dimasyurkan sebagai Raja Muda Selangor pada 3 Mei 2002 ketika berusia 12 tahun, namun upacara pertabalannya sebagai Raja Muda Selangor akan diadakan selepas baginda mencecah usia 21 tahun.

Raja Muda Selangor yang kini berusia 25 tahun, mendapat pendidikan awal di Alice Smith School Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajarannya di Wellington College, United Kingdom pada tahun 2009.

Pada Disember tahun lalu, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Ekologi dan Biologi Alam Sekitar dari Leeds University di England.

Leeds University merupakan salah sebuah 100 univeristi terbaik di dunia dan mendapat tempat ke 41 universiti terbaik di Eropah yang diaudit oleh QS World Ranking Univeristiy.

Tengku Amir juga kini sedang giat menjalani kursus kententeraan di sebuah markas tentera yang terletak di selatan tanah air.

Baginda sangat dikenali sebagai seorang putera yang berjiwa rakyat dan sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakyat jelata khususnya di Selangor.

Baginda juga merupakan penaung kepada pertubuhan kebajikan, Selangor Cheshire Home, Make a Wish dan Yayasan Raja Muda Selangor.

Baru-baru ini juga, baginda ke Kelantan untuk menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir dan turut melawat kawasan terjejas di sana.

[Sumber Foto:Facebook Prestige Malaysia]