Wanita bermisai tanda ada penyakit


BACA: Tidur pakai bra, bahaya?
BACA: Kenali simptom kanser payu dara
BACA: Enam punca perut buncit
BACA: Kenali sakit kepala yang membahayakan

Soalan:

Wajah saya ditumbuhi bulu yang panjang dan jelas kelihatan. Jumlahnya banyak dan berwarna hitam agak pekat. Adakah ini normal bagi wanita, atau adakah ia petunjuk wujud keadaan tidak normal? Adakah sebarang risiko sekiranya saya menjalani proses pembuangan bulu untuk menghilangkannya? Dan apakah kaedah pembuangan bulu yang paling berkesan supaya bulu-bulu pada wajah tidak tumbuh lagi?
 


Melinda


Jawapan:

Hai, Melinda.

Dalam istilah perubatan, keadaan yang mana pertumbuhan bulu yang lebih lebat pada wajah wanita berbanding wanita lain secara umumnya, disebut sebagai ‘hirsutisme’. Hirsutisme biasanya berkaitan dengan berlakunya ketidakseimbangan atau gangguan hormon dalam tubuh. Namun, keadaan ini sering ditemui. Contohnya di Amerika Syarikat, kira-kira 10% daripada seluruh populasi wanita mengalami hirsutisme.

Bagi menilai keadaan hirsutisme yang dialami, biasanya doktor akan memeriksa bagi mengenal pasti adakah keadaan itu disebabkan oleh masalah kesihatan tertentu, atau pun tidak. Namun, hirsutisme juga boleh terjadi tanpa sebarang gangguan penyakit atau tidak diketahui sebabnya, yang disebut sebagai hirsutisme idiopati.

Antara penyakit yang boleh mencetuskan hirsutisme ialah Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) hiperplasia adrenal kongenital (CAH) dan tumor pada kelenjar anak ginjal atau tumor ovari. Jika hirsutisme mula terjadi semasa masuk usia baligh, maka biasanya penyebabnya ialah masalah kesihatan yang relatif ringan atau tidak terlalu serius. Tetapi, jika ia mula timbul pada lewat usia (lebih daripada 45 tahun) maka ada kemungkinan wujudnya penyakit serius seperti tumor atau kanser.

Untuk mengatasi keadaan ini, seelok-eloknya pergilah berjumpa doktor pakar obstetrik dan ginekologi terlebih dahulu.  Doktor akan memeriksa kadar hormon pesakit sebelum melakukan pemeriksaan fizikal serta ujian ultrasonografi, sekiranya perlu.  Pemeriksaan  ini harus dilakukan terutamanya apabila kawasan pertumbuhan rambutnya melibatkan sebahagian besar bahagian pipi dan atas bibir (misai).

Untuk menghilangkan bulu, anda boleh saja mencabutnya atau menggunakan kaedah melilin (waxing).  Namun cara yang paling berkesan ialah dengan menemukan diagnosis perubatan dan melakukan rawatan terhadap masalah yang menyebabkan terjadinya hirsutisme. Setelah puncanya (sekiranya ada) dirawat, barulah proses pembuangan bulu secara melilin dan mencabutnya boleh dilakukan.

Semoga penjelasan yang diberikan dapat membantu.


Dr. Janfrional
www.meetdoctor.com