Pengarah drama pertahan kenyataan Fasha Sandha

Pengarah drama pertahan kenyataan Fasha Sandha

6 Feb – Selepas aktres jelita, Fasha Sandha membangkitkan isu pelakon baru Dazrin Kamarudin, yang mempunyai masalah disiplin, pengarah drama bersiri "Miranda", Along Kamaludin turut tampil menegur pelakon berusia 26 tahun itu yang sering lewat ke lokasi penggambaran.

"Tuduhan kononnya isu tersebut sengaja diperbesarkan adalah tidak benar. Fasha menegur dia sebagai seorang senior dan juga kakak. Pada saya tindakan itu tidak salah kerana ia dilakukan demi kebaikan bersama.

"Saya juga tidak mahu isu ini terus berpanjangan kerana penggambaran drama ini masih dijalankan. Hari ini (Rabu) baru masuk hari ke-46 penggambaran. Tak naklah ia terhenti di tengah jalan disebabkan kemelut ini," katanya kepada mStar.

Tambah Along lagi, dia mengakui pelakon yang sedang meningkat naik itu sememangnya mempunyai masalah disiplin dan menyebabkan penggambaran drama terjejas.

"Isu Dazrin tidak berdisiplin adalah benar. Saya akui dia memang datang lambat ke lokasi penggambaran."

Sementara itu, Along berkata, dia tidak menghalang Dazrin yang mahu membuat sidang media berhubung perkara itu, namun dia berharap agar masalah itu dapat diselesaikan dengan baik.