Banyak barang free dengan Alcatel OneTouch Flash

Selaku salah satu dari 10 pengeluar terkemuka telefon pintar di dunia, Alcatel kali ini melancarkan model telefon pintar baru di Malaysia, yang memfokuskan kepada kamera dengan harga mampu milik, yang diberi nama Alcatel Onetouch Flash.

Telefon Alcatel Onetouch Flash memiliki spesifikasi pertengahan dengan CPU Mediatek MT6592M, 8-teras 1.4GHz, 1GB RAM & 8GB memori dalaman. Ia dikategorikan sebagai phablet dengan skrin 5.5-inci IPS HD 720p.

Perkara utama yang menjadikan Onetouch Flash berbeza dalam kelasnya ialah kamera beresolusi tinggi, iaitu kamera belakang 13MP & kamera depan 5MP. Ia dilengkapi dengan mod kecantikan bagi menjadikan kulit lebih licin dan gebu di dalam gambar. Selain itu, Onetouch Flash juga memiliki kapasiti bateri yang besar, iaitu 3200mAH.

Alcatel Onetouch Flash akan mula dijual di Malaysia Timur bermula 12 Disember 2014 dan di Malaysia Barat bermula 15 Disember 2014. 2 warna disediakan iaitu Crystal White & Gun Grey. Harga runcit yang disyorkan ialah RM699 dengan flip cover percuma.