Sara Ali dipukul peminat kerana MJATS

Sara Ali dipukul peminat kerana MJATS

27 Okt - Fenomena drama bersiri "Maaf Jika Aku Tak Sempurna" (MJATS) telah mempengaruhi para peminat sehingga ada yang terbawa-bawa ke dunia realiti. Bagaimanapun ia bukanlah satu perkara baru lebih-lebih lagi apabila sesebuah drama bersiri itu mendapat perhatian ramai.

Memetik laporan portal Rotikaya, Sara Ali yang memegang watak utama iaitu Melina dalam drama MJATS itu memberitahu Harian Metro, ramai peminat yang mengenali dan memanggilnya sebagai Melina.

"Sejak "Maaf Jika Aku Tak Sempurna" bersiaran, ramai panggil saya Melina. Pernah seorang wanita pukul saya kerana tidak suka watak Melina. Kemudian dia ajak bergambar. Itu antara maklum balas yang menunjukkan mereka dapat menerima saya. Pengikut di laman sosial juga bertambah," ujarnya.

Gembira dengan penerimaan positif daripada peminat telah membuatkan Sara lebih bersemangat untuk terus berlakon walaupun jauh di sudut hatinya, dia menyimpan hasrat untuk bergelar penyanyi.

"Sekarang kalau ada jemputan menyanyi, saya akan terima. Sekadar mahu lihat kemampuan diri. Dalam Instagram pun saya dapat lihat ada dua kelompok pengikut. Ada yang ikut saya dari zaman indie da nada juga kelompok peminat di arus perdana.

"Saya tidak mahu peminat lama dan baru bergaduh. Harap mereka dapat bersatu untuk sokong kerjaya saya," akhirinya.

MJATS dibarisi oleh Sara Ali, Fahrin Ahmad, Amy Mastura, Ika Nabella, Tasha Shilla, Zamarul Hisyam dan ramai lagi.

Sebelum ini Fahrin Ahmad pernah memberitahu ada peminat melamarnya gara-gara wataknya sebagai Luqman dalam drama tersebut.

[Sumber Foto: Instagram Sara Ali]